Sunday 14 December 2014

bela ikan...

assalamualaikum;)

alkisahnya hari tu cikgu taska ada bagi 'ulya bela ikan..aktiviti for that day adalah bela ikan..so mama sediakan la bekas untuk ikan comel tu..cikgu siap bagi ikan free dan hiasan batunya...balik tu cikgu cakap jaga leklok ye sebab ulya ni ganas..ikan dah mati sekor dia g usik goyang2..haha..gelak mama dengar...dia memang not slow action and emotion orangnya..kalu marah pun dia wat muka blur terlopong je..xjadi nak marah..hihi

so balik rumah punya la mama semangat bagi ikan makan..bagi roti kecik2..pastu tengok ikan nganga je tapi xmakan..mama bagi nasi..eh! xmakan jugak..ish! ikan ni nampak x mama bagi makan..xpe...tengok esok lak camna..

esoknya g giant punya la beli makanan ikan..terus balik bagi takut dia mati sebab roti ngan nasi xmakan...tengok2 xmakan jugak makanan ikan tuh..apa xkena xtahu..adakah dia xnampak atau memilih makan?haha..ikut ko la ikan..

so tengok 2 hari lepas tu,mama bangun tengok ikan dah innalillah..huhu..salah mama ke??ouh tidak! mama dah bela dengan comel dah.hehe..sian ikan..nampaknya mama ngan ulya bukan jenis boleh bela ikan nampaknya..satu geng kita nak..haha :-P

gambar ikan xnampak jelas..ala,ikan bilis kecik tu.hehe

Monday 1 December 2014

bila anakku diuji dengan kesakitan...



start hari jumaat 21/11/14 bulan lepas sampai la 29/12/14, anak dila diuji dengan sakit..pada masa tu Tuhan je tahu macam mana perasaan takut dan risau dila sebagai seorang ibu...setiap masa dup dap dup dap..kebetulan jumaat 21 haribulan tu suami xde kat malaysia, ulya malam tu dah start batuk muntah...ok lagi setakat muntah 2x pada waktu malam..tapi bila dila g rumah akak kat bangi, muntah ulya makin teruk..1 malam muntah dalam 5x..memang dila dan dia xleh tido..kesian dia nangis penat muntah..minum susu je muntah..makan pun dah xlalu..so dila bawak g jumpa doktor..doktor just bagi ubat batuk dan air garam je untuk muntah...hati dah xsedap..

hari isnin, suami dah balik pagi tu,dila terus ajak g hospital annur bangi..kat situ memang dah ada record kesihatan ulya..dila pun dah start ponteng kelas sebab xsanggup dah nak tunggu lama2..sampai je hospital, doktor risau sebab dila cakap ulya dah xaktif..lembek xnak main..maybe dah kurang air..cakap kat doktor xkena masuk air ke..doktor kataa kalau dah xaktif kena masukkan air dan antibiotik secepat mungkin la..takut bahaya nanti..doktor ambik darah kot ada masalah pape..memang jangkitan kuman kata doktor...kuman dah g perut,tu muntah cirit birit..so tunggu punya tunggu, petang esok baru ada bilik kosong untuk masuk...darah dah memang ambik..jarum melekat lagi kat ulya..kesian,mama dia bukan boleh tengok jarum..huhu..tapi ulya pandai..dia xsentuh sangat jarum..dia pun takut.hehe..doktor dah balut tangan leklok...



hari pertama masuk..xnak duk atas katil,terus nangis..





ada jarum la mama!


duk hospital mula2 kata 3 hari je masukkan air dan ubat..sekali 5 hari ! bosan campur penat semua ada..sapa xbosan duk hospital eh..ulya lagi la..setiap masa mengamuk bosan nak keluar..nak keluar camna aih kalau tengah masukkan air kat tangan..huhu..tapi tengahari dila suruh nurse buang jap..nak bawak ulya jalan kat hospital..



muka bangun tido...


 wat muka kesian nak keluar...huhu




lepas suntik ubat terus tido..



hospital ni bagus...layanan nurse dan doktor baik..ulya tengok je nurse datang nak cek,terus baring sendiri..amboi,ngan nurse bukan main baik je..ngan mama papa nak suruh baring tu punyalah payah...hehe...ulya kena makan ubat banyak..ambik darah,masuk air, pakai gas untuk cairkan kahak..sampai tangan lebam akibat jarum tu..kali terakhir ambik darah lagi tangan kiri lak kena..dua tangan kena cucuk tuu...eeee seram!



 sedapnya coco crunch! dah selera makan masa ni...


 menu dia boleh pilih tau..sume sedap..good! nasi usa, nasi ayam,nasi goreng kerabu sume ada!




ulya tido malam2..mama sibuk buat assignment..huhu..(lap air mata) 


hospital ni dila guna insurans dan panel syarikat suami..dia dah daftarkan lama dah insurans..prudential takaful..good servis..cepat je prosesnya..xyah bayar dia cover...bayangkan 5 hari duk sana..bayangkan berapa harga dia??huuu..xnak bagitahu la..nasib ada panel syarikat dan insurans bayarkan..kalau x...nak ambik duit mana ler..huhu



from prudential takaful mai melawat...thank you...good service! dapat hamper dan diaries 2015..


ok la..ulya dah sihat..dah makin aktif...superaktif bebenor budak tuu..hehe..doakan semoga dia cepat sentiasa sihat ye...mama pulak yang pening xsihat...i need rest more n more...but...assignment banyaknya kena hantar minggu ni!!!huhu


mama...dah boleh balik!!!hihi






Salam Sayang...

Monday 3 November 2014

rancangan rtm datang melawat :-)

assalamualaikum! :-)

semester ni dila ada ambik subject aplikasi braille dalam quran sunnah..that's mean belajar cara membaca quran menggunakan kod braille..fuh! susahnya..kita yang celik tiba2 belajar kod ni...kena hafal kod dan praktik cara menggunakan alat menaip tulisan braille...itu dinamakan perkin braille :-)

dan nak dijadikan cite, rtm datang ke kelas kami tadi nak interview beberapa pelajar yang belajar braille..just tanya soalan sikit je :-) dan kami berlakon konon syok belajar braille.hehe..

tengok eh kot2 keluar mukaku ini.hehe..hari jumaat ni 7/11/14..tv1 jam 5 ptg...jeng jeng jeng.hehe

Monday 6 October 2014

selamat hari raya aidiladha :-)

assalamualaikum:-)

selamat hari raya aidiladha semua :-) maaf salah silap kami sekeluarga...korang still cuti lagi ke?syoknyaaa...kami family dah bertolak balik semalam ke tempat kerja masing2 dah..dila dah start kelas hari ni,dan suami dah start keje..ahhhh,nak raya! hehe

kat rumah raya best..daging penuh peti orang bagi sedekah...dari dulu camtu ...sebab kami anak yatim..memang orang bagi...dapat makan daging seronok kami..sebab jarang nak jumpa daging kat kawasan kampung kami...mahal pulak tu...bila dapat daging masa hari raya,seronok ler mak tolong masakkan..h eheh

walaupun kami adik beradik dah pandai masak,tapi tetap nak rasa air tangan mak..bukan selalu kami balik ..masing2 duk negeri jauh...dapat daging petang raya ahad tu,terus mak masak daging goreng favourite kami,daging singgang,asam perut,sambal belacan...sedap! mak cakap nak wat sup tulang,tapi esok baru boleh makan...sebab lama nak masak tuu...ala xsempat nak makan...pagi isnin dah bertolak balik...memang sedih ...daging kuah kicap yang lain dari orang lain pun xsempat nak buat ..

xpela,lain kali balik nak beli daging nak suruh mak wat...qadha masakan yang xsempat tu..haha...ok la..nak siap2 g kelas dah..bye! tu gambar anakku yang suka makan roti.hehe

Tuesday 26 August 2014

set bersalin yang best..

assalamualaikum:)

kali ni dila bukan nak share set bersalin..tapi nak tanya orang yang berpengalaman set bersalin apa yang best ye...dulu masa bersalin dila just guna set bersalin salindah..sebab ubat dia senang sangat nak makan..just kemam macam coklat..tu yang suka:) tapi nak tahu gak pengalaman orang lain camna...kongsi ye..:)

Wednesday 9 July 2014

Doa untuk penyakit jantung..

Assalamualaikum:)



Nampak ke tak tulisan tu?

- alfatihah 1x
- ayat kursi 3x
- selawat 3x

Baca :

Lau anzalna haa zal quranu 'ala jabalil laraitahuu khosyi'am mutasoddi'an min khosy yatillah..watilkal amsaalu nadhribuha linnasi la'allahum yatafakkaruun..

Selamat beramal;)

Friday 4 July 2014

Jom baiki diri!

Kita selalu update status ttg pasangan kita baik..romantik... sweet..tanpa kita sedar orang yg membacanya ada yg cemburu,ada yg mngharapkan pasangannya seperti itu..lg sedih,ada yg baru sj kehilangan pasangannya..bagi yg cemburu,mereka mula bercakap "kan baik klu dia pun cmni" tanpa sedar dia mencari kekurangan dlm diri pasangannya..maka berlakulah pergaduhan sbb tidak puas hati..sape yg menyebabkan prgaduhan? 'KITA'....  

- jom simpan kbahagiaan rumahtangga hnya untuk kita dan dia..
-jom baiki diri..klu bln lain kita cuba jd baik,bln ramadhan cuba jd laaaagiii baik...:)

Thursday 26 June 2014

Diy..untuk decoration rumah:)

Assalamualaikum:)

Cantik kan rumah kalau kemas dan dihias sebaik mungkin?:) kalau boleh tiap2 hari nak tengok rumah kemas.suami balik pun xdela marah2 tension tengok rumah sepah..malas ngan rajin je..dan kena ada masa..hehe..tengah cari diy yang boleh kemaskan rumah kita..tengok google la mana lagi..:)


Tengok tu..dia guna tin je nak letak tuala..kemas jugak..erm..lagi?hehe





Haa..xdela wayar terjuntai2 jap g..nak buat la! Kotak kasut banyak ni..bagus jugak takut anak tarik2 kotak tu nanti..


Cantik! Bunga tepi pintu dan nombor rumah buat sendiri..sejuk mata tengok..:)

Tu dulu la..nak lagi?tengok google banyak..hehe..sorry,gambar tu printscreen snang! :-p bye! Selamat mengemas rumah:) 


Jom ajar anak solat?tips nak bagi anak solat:)

Assalamualaikum;) 

Yang membaca ni sihat ke?insyaAllah sihat selalu ye..:) sekarang saya tengah cuti final exam..fuh! Lega..boleh rehat dan jaga anak..rasa terurus sikit..kalau x rumah sepah,kejar anak situ sini,assignment,masak,jaga suami..memang tugas xberhenti..ni rehat jap rasa kurang sikit tugas..hehe

So jom ajar anak solat nak?ajar la dari kecil..so besar nanti xde la anak terkiyal2 xtahu apa itu solat?xpernah dengar pun mak..pengsan mak nak jawab..hehe

Anak saya memang kecil lagi..baru setahun..dan pada masa ni saya tengah usaha nak ajar ni..slow2..walaupun dia xfaham apa yang kita baca masa solat,tapi sekurangnya dia tahu pergerakan solat..how?

Apa kata setiap kali nak solat kita solat depan anak..walaupun dia asyik kacau,tapi kan ada cara solat bersama anak?kalau baby tu alahai senang lagi..letak je tepi kita solat..dia kan xleh jalan lagi so xkacau..nangis pun biar dulu..nangis xsakit dan lapar xpe..

Dari baby memang saya buat camtu..g universiti balik terus ambik anak..usaha balik nak solat depan anak..sepanjang solat dia tengok je sambil senyum..seronok! Bila dah besar dalam 6 bulan dia dah boleh merangkak..walaupun dia kacau tapi tetap nak solat depan anak..usaha dila usaha! Lepas solat doa kuat2 biar dia dengar..dan ajar anak camni doa tangan camna,amin doa camna..Alhamdulillah dia seronok!

Dan Alhamdulillah cukup setahun dia dah slow2 buat gerakan solat lepas dapat jalan..Allah,pergerakan yang saya langsung xduga..saya hanya ajar camna takbir Allahuakbar tapi dia siap rukuk dan sujud!! MasyaAllah! Mesti dia nampak mama dia buat..sebab tu bila dia nampak mama ngan papanya nak solat,dia terus g tengok..kacau mesti! Tapi biasa la budak2..yang penting minat dia nak tengok..sabar dalam mendidik anak kan penting..:)

Memang bukan setiap hari dia wat pergerakan solat 5 waktu..hehe..tapi kalau boleh setiap hari ingatkan anak solat..cakap "camna solat?" "Jom solat"..dan walaupun kadang2 dia lupa,tolong ajarkan balik..xsusah pun..dia pun seronok:)

ada video anak saya tiba2 solat siap rukuk..tapi nak share xdapat sebab hanya update blog guna phone..hanya ada gambar printscreen je..walaupun angkat takbir banyak kali macam raya,tapi hati mama seronok! Semoga jadi anak solehah..amin..








Solat sorang2 lepas sepahkan barang mainan..hehe..Walaupun berdiri xberapa kuat lagi,still usaha nak rukuk..jatuh xpe,boleh bangun lagi..sekarang kena ajar lagi..budak2 kena selalu ajar baru selalu ingat..:)

*anak kalau xsolat umur 7 tahun,sila rotan ye..bukan dera cukup rotan tempat yang dibenarkan dan slow..xpun tunjuk je rotan sebagai menakutkan dia..dari kecil la nak ajar..dah besar liat nanti..dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak2..jangan terlalu sibuk hingga xsempat ajar anak solat..saya pun risau jugak ni..takut sibuk esok2..semoga Allah selalu bagi kekuatan kepada saya nak didik anak sambil belajar,keje esok2..semoga saya xlupa nak ajar anak suruhan Allah..insyaAllah..amin! Takut pun ada..huhu

Assalamualaikum:)




Monday 23 June 2014

Bila anakku dah boleh berjalan...:)

Assalamualaikum;)

Sekarang 'ulya dah boleh berjalan..genap 1 tahun 2 minggu hari tu berjalan...lucu,seronok,excited...semua prasaan ada..lelah pun ada..ngan mama sekali kena main kejar eh..hihi..dah kena buat pagar kat tangga ngan dapur nampaknya...bahaya! Xbuat kerja duk main kejar2 gini..tapi..susah jugak pasang pagar ye..suami bertungkus lumus pasang paku kat dinding mozek...xsiap2..huhu

sape tahu kat mana nak beli kasut baby yang bunyi2 nyala2 tu? Dah xcari xjumpa2..excitednya nak suruh dia pakai..hihi..

Now lega bila dah habis final exam...tengah siapkan diri jadi suri rumahtangga sepenuh masa dan jaga anak..kepala rasa ringan balik..jom jadi supermommy! Hihi,,

Xsabar kan nak masuk bulan puasa...semoga panjang umur kita ye...amin;)

Thursday 22 May 2014

Hepi birthday anakku..

Assalamualaikum;)

21/5/13 mama telah melahirkan seorang bayi comel seberat 2.75kg secara normal di hospital kbmc kota bharu...dan diberi nama nur 'aisyah al-'ulya binti aizul aiman..pengalaman bersalin xkan mama lupa tau..

So hari rabu 21/5/14 'ulya genap 1 tahun! I can't believe! Kejapnya masa..xpuas lagi nak anggap dia baby..hihi..kami xsambut birthday pun sebab papa kata xboleh selalu buat..nanti esok2 xboleh buat dia mengamuk...lagipun nak ajar dia erti susah,,, mama ngan papa pun xsambut dari kecik lagi..sekadar doa2 dan majlis kesyukuran boleh je:) lagipun dia still kecil..xtahu pun hari tu birthday dia..hihi

So semalam papa bawak p makan kek..mamanya yang habiskan...hihi

Selamat hari lahir anak mama ngan papa..doaku semoga jadi anak yang solehah,taat Allah,taat ibu bapa dan cintakan ilmu,,, semoga sihat dan kuat...:) i love yoy....

Friday 9 May 2014

Tips hilangkan penat!

Assalamualaikum;)

Minggu ni sampai minggu depan adalah minggu yang memenatkan..banyak betul assignment kena hantar...ngan exam lagi..serabut! Penat xterkata! Dengar ceramah ustaz kata isteri kalau membebel je tu tanda dia penat..sungguh! Sejak akhir2 ni banyak kali dah membebel sorang2..padahal xde pape pun..penat punya pasal..tapi kalu dah penat sangat dah xlarat nak cakap dah,, terus diam menbisu! G kelas kawan tengok lesu tu, iyolah tu eden penat..hihi..

Tapi..ada caranya for me sangat berkesan la nak hilangkan penat dan stress..antaranya...

1) tengok muka anak atau baby sape2..gambar baby pun xpe..betul la...baby penawar duka..tengok muka diorang terus rasa geram dan hepi.kalau dapat main ngan anak lagi seronok! Hilang penat tau...

2) dengar muzik kita minat atau zikir atau rancangan yang lawak..biasanya tengok running man! Haha...memang lawak..lebih baik sebab xde seksi2 pun..just mainan yang diorang main sangat lawak..dengar muzik dila xminat..so layan cite jela..

3) mandi menggunakan air suam,...mandi masa pagi2 kul12 pagi is better dari mandi tengah malam..mandi ngan air suam hangat je rasa...hilang penat jap..pakai wangi wangian lagi bagus!

4) ubat paling mujarab tido! Hehe..yela..dari duk stress fikir nak buat kerja mana dulu sampai xbuat2, baik tido dulu,, rehatkan badan kejap...bila dah cukup tido badan rasa segar...

5) borak dengan sape2 yang kita suka...especially yang lagi rapat ngan kita...cerita je atau mengadu apa yang korang nak cakap...lepas tu rasa lega! Hilang apa yang kita penat...for me berkesan...

Itu jelah dulu...badan hari ni pun dah rasa penat...baik tido dulu...esok2 la fikir kerja..haha...gudnite;) selamat beramal...

Tuesday 6 May 2014

Exam!

Assalamualaikum..:)

minggu ni kepala sangat pening sebab banyak exam midterm kena tempuh ni..bila terlalu banyak,xtahu nak baca yang mana dulu..seperti biasa,last minit la bacanya..hehe..doakan dila tau! 

 
Tulisan cakar ayam xpe,asal ilmu masuk dalam kepala:-p iyo lah tu..hehe

Jom exam!!

Friday 25 April 2014

Takut nak kahwin?risau si dia dah tak sayang kita lepas kahwin?

Assalamualaikum;)



Pernah kawan sekampus tanya saya camna nak tahu dia akan sayang kita sama macam dia sayang kita sekarang masa bercinta?takut pulak dia nak kahwin katanya..alamak! Kenapa saya kena jawab? Saya pun tengah usaha jadi yang terbaik untuk pasangan..hehe..maybe saya je kot yang dah kahwin dia kenal..erm..susah jugak soalan tu..camna nak jawab ye..untuk dia saya hanya jawab ringkas je hari tu..nak detail nah ini dia..

Kahwin la..dengan kahwin kita dah menyempurnakan separuh agama..jangan takut jangan bimbang tau..solat istikharah dan doa setiap hari moga pasangan kita sayang kita setiap hari sepanjang masa..kalau pasangan tiba2 jadi baran,marah xtentu pasal,cari lain,cuba kita selidik kekurangan kita..apa  yang perlu kita buat..redha dan cuba selesaikan dengan baik..bukan dengan lari dari masalah..berdepan dengan masalah dan selesaikan..


Lagi satu..camna sekarang kita tahu si dia sayang kita padahal kita xkahwin pun lagi dengan dia..dengan kata2 manis dia ke??please,jangan terpedaya dengan kata2 manis sebelum kahwin..manis bicaranya sebab cuba nak dapatkan kita..kasih sayang itu bukan dengan kata2 tapi dengan perbuatan yang menunjukkan kasih sayang..iaitu lepas kahwin..dengan kahwin kita boleh nampak susah payah pasangan cari duit untuk sara kita,bagi makan minum dan nafkah..bila dah kahwin dah kurang kata2 manis xpe! maybe dia terlalu sibuk dah xde masa dah nak pegang je henset meseg i love you i love u..macam xde kerja pulak kan..gitahu sekali sehari pun dah kira ok la kan..hehe

Dan jangan asyik meminta tapi selalulah memberi..maksudnya jangan asyik nak dia je bagi kasih sayang,tapi cuba la kita yang banyak memberi..xsalah pun:)

Ok ye..setakat itu dahulu ceramah kita hari ni..haha..saya pun budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan:) selamat pengantin baru:D

Tuesday 22 April 2014

Sensitifnya ibu!

Assalamualaikum..

Ops!! Ibu sape?? Me!! Ok..sejak jadi ibu ni..perasaan sensitif hanya Tuhan je tahu..pantang orang cakap pasal anak kita..even anak kita masih kecil..tambah lagi sensitif bila dibandingkan anak kita dengan anaknya..Ya Allah! Sensitifnya saya! Hehe

Anak..setiap anak tu ada kelebihan dan kekurangan masing2 kan..jangan dibandingkan anak kita dengan anak orang lain..kecik hati anak kita tau kalau dia dengar..hati mak?lagi kecik! Huu

For example..someone said "dah 10 bulan xleh jalan lagi ke?anak aku 9 bulan dah jalan".."eh,xtumbuh gigi lagi??tengok anak aku,dah banyak gigi dia"..

Sebenarnya setiap anak kalau kelebihan dia boleh cepat jalan..cuba kita tengok dia jalan cepat ke atau still slow sampai 2 tahun?anak orang tu 11 bulan baru boleh jalan tapi jalan cepat siap boleh lari lagi..anak kita dah banyak gigi,tapi cuba tengok,dia memilih bab2 makan..xnak kunyah guna gigi pun..main telan je..anak orang lain gigi xde lagi tapi makan semua benda tak memilih pun..bagus! 

See?! Ada kelebihan dan kekurangan yang memang Allah dah kurniakan..jangan dibandingkan nanti kecik hati mak dan anak tau..tambah2 mak yang tengah menulis ni..hehe


Bukan main manja anak ngan mamanya..mama tiru cara 'ulya gelak camtu la berkerut dahi..hehe..xguna kamera 360 tau..original! Tu yang nampak habis merah2 muka..haha..iklan sekejap! 

My daughter 'ulya pernah gak orang cakap kenapa xleh jalan lagi dan tumbuh gigi lambat..sekarang dia baru 11 bulan..dan tumbuh gigi 6 batang..tapi dia dah lama boleh merangkak sejak 5 bulan lagi dan makan semua benda tak memilih pun walaupun xde gigi sangat! Mama bangga dengan dia dan mama xkisah pun cepat lambat sebab Allah yang aturkan semua tu kan..syukur la daripada  kita diuji dengan anak yang sakit dan oku..tapi ujian tu tanda Allah sayang..

Ok lah..jangan bandingkan tau..hehe..assalamualaikum..:)


Thursday 17 April 2014

hiasan ruang tamu



Assalamulaikum;)


Tahun lepas lain, tahun ni nak lain lagi..apa tu??design hiasan ruang tamu..hihi..tahun lepas blurr xtahu nak hias ruang tamu rumah dila camna..ruang boleh dikatakan sempit juga tapi kalau dihias dengan cantik rasanya akan nampak luas..kan...so duk bosan tengok hiasan rumah sama je..apa kata kita ubah nak??gambar lama rumah dila ada tapi xcantik..xnampak penuh 1 ruang tamu..xsempat ambik gambar betul2 terus ubah kedudukan sofa...buat lak masa suami xde kat rumah..punya la excited tolak sofa berat sorang2..suami balik terkejut bini dia buat sorang2 macam laki!haha,..so nanti dila nak tunjuk hiasan terbaru ruang tamu dila..tengah renovate..tunggu ye dalam episod akan datang..huh! macam drama..hehe

kat bawah ni gambar diculik dari pakcik google untuk siapa2 yang tengah blurr xtahu nak hias camna kan..simple dan xbanyak barang itu yang penting;) selamat mencuba:)















Salam Sayang...

Wednesday 16 April 2014

Duit syiling jordan dan mesir:)

Assalamualaikum:)



Ok..kat atas ni antara duit syiling jordan dan mesir...yang ada 10,1/2&1/4 tu duit jordan manakala yg 1 genih dan 50 qurush duit mesir..sungguh!! Rindu betul dengan dua negara ni..kalau xpergi sampai bila saya xtahu pasal dua negara ni camna keadaan dia..adakah indah khabar dari rupa?kena pergi sendiri tu..hehe

Dan dari negara ni la saya tahu camna duit diorang digunakan..camna cara mereka bercakap dan budi mereka..xsemua orang arab kasar,ada yang lembut,ada yang buat kerja sungguh2 dan ada main2 buat kerja..atas sikap masing2 la kan..ala sama macam kita kat malaysia je..hehe

Cuma pengalaman tu benar2 xleh dilupakan..pahit manis semua ada..kat jordan jugak saya belajar menjadi suri rumah sepenuh masa..balik malaysia separuh masa..:-p

rindu,rindu rindu...harap dapat pergi lagi menimba pengalaman di sana..kali ni bawak anak yang dah besar..bila agaknya ye..:) insyaAllah..

Selamat malam blogger sekalian..Assalamualaikum;)

Tuesday 15 April 2014

I'm back!

Assalamualaikum...

Wah! Dah lama saya menyepi..berbulan2...eh! Ke dah setahun? Hihi..belum setahun lagi...erm..sebenarnya on je blog,tapi jadi silent reader...terlalu sibuk sampai nak update pun malas..huu

Biasa saya banyak post benda2 yang nak disampaikan kat facebook je...senang taip kat status...nak tengok news feed memang xsempat..tapi sekali buka,banyak sungguh iklan! Terus tutup balik..hihi..

Now,nak cuba luangkan masa 5 minit update blog...update pendek2 pun jadi la kan...malam nak tido baru jadi silent reader and balas komen..hihi..alamak! Lupa banyak keje rumah dan assignment!! Ok, bye2! Assalamualaikum;) jumpa lagiiii...nah gambar kami bertiga..sempat lagi..hihi

Monday 6 January 2014

Exam!!

Assalamualaikum:) 

Minggu ni sangat la sibuk....sebab dah final exam dah uolss!! Huhu...final exam ni dila ambik 9 subject..lain dari orang lain,,banyak tak? Banyak kan..rasa kepala nak pecah ok! Tambah2 campur subject sem3 dan 5.. Lagi nak pecah kepala bila exam setiap hari tanpa gap! Waaa! Sedih xlalu makan tau...jap g makin kurus la nampaknya..nak kurus? Sila exam!! Hihi...

Alhamdulillah dah 4 paper dah exam..so tinggal 5 paper lagi..setiap hari:') rasa tiap2 hari nak nangis sebab tertekan banyak betul kena baca kena hafal..semua bahasa arab,..xde melayu atau bahasa inggeris..so nak ke tak nak kena la faham betul2 apa itu bahasa arab..kalau tak nak karang ayat ape nak jawab :') dan sangat la sibuk bila ada anak ni sambil belajar...jaga dia,jaga suami..tanggungjawab xleh abaikan tau..sabar dan kuat perlu buat masa ni! InsyaAllah Allah bantu...kuat ye dila! Sambil lap2 airmata yang xnak mengalir ni...huhu..kalau paper ada gap ada masa gak la nak baca kan.,ni xde..tu yang masalah! 

Apapun,doakan yang terbaik buat dila ye...isnin ni habis dan yei! Cuti sebulan! Xsabar! Jom study! Xleh tido sebab kena study..si kecik baru tido kul11 tadi! Papa dia yang tolong tidokan..thank you papa! Kalau xde papa xtahu camna.,lemah semangat ni! Hihi

Gudluck juga untuk kawan2 yang tengah final exam..musim final exam ni:') 

Assalamualaikum....