Saturday, 26 March 2011

HATIKU....

wahai hati tatkala kau sendirian~
ada yg hadir memujukmu~


wahai jantung hatiku tatkala kau kesedihan~
ada yg dtg menggembirakanmu~


wahai penawar hatiku tatkala kau kegelisahan~
ada yg rapat menenangkanmu~


wahai permata hatiku tatkala kau kekesalan~
ada yg berlari mendakapmu~


wahai pemburu hatiku tatkala kau kesamaran~
ada yg menyinari mencerahkan~


wahai hati yg bercinta teruskanlah menangis~
krn dlm tangisan ada yg manis jd senyuman~


wahai pemilik hati Ya Allah~
aku hanya insan biasa yg mencintaiMu~
suburkanlah,siramilah,balutilah,selimutilah
hati ini~

Thursday, 24 March 2011

CINTAKU PADA SI DIA....TIDAK DPT MENGALAHKAN CINTAKU PADA MU TUHAN..



Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi
Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya...
Meskipun aku tahu
Baik buruknya...
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya...
Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku...syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya
Jadi...
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan
Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan
Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka...






Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan
Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan
Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah
Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...
Ya Allah... Amin...



hidupku.......

Universiti Sains Islam Malaysia...

Di sini bermulanya kehidupanku bergelar seorang mahasiswa sarjana muda pengajian tinggi Al-Quran dan Sunnah setelah berpenat lelah menimba ilmu diploma di Universiti Darul Iman Malaysia yg kini dipanggil Unisza....walaupun kehidupan di sini agak susah berbanding kehidupanku di udm dulu,tp aku yakinkan diriku bhw Allah telah memberikan universiti terbaik buatku walaupun universiti ini tidak dipohon langsung semasa diploma dahulu..tp ku bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk menimba ilmu dan mungkin ada hikmah di sebalik ini...

skrg stelah 9 bln bljr di sini,Alhamdulillah ku dpt membiasakn diri dgn keadaan di sini...banyak ilmu lebih yg dipelajari terutama Bi dan B.arab....insyaAllah akan ku usahakan lg diriku ini untuk mendapat ilmu yg bermanfaat dan berjaya dunia akhirat....amin...=)