Friday, 15 June 2012

~banyakkan amalan di hari jumaat~



pejam celik pejam celik eh!dah hari jumaat! kejap je kan masa berlalu..rasa hari tu baru jumaat...so bila dah sampai hari jumaat yang mulia ni..jom kita tingkatkan amalan kita..tak semestinya hari ni saja,hari2 lain pun kita kena banyakkan amalan..cuma hari jumaat hari yang banyak kelebihannya..bila lagi kan nak buat amalan kepadaNya?takkan nak tunggu esok2?kita tak tahu adakah kita masih ada hari esok..hanya Allah yang menentukan..


malam jumaat dan hari jumaat jom kita amalkan membaca surah al-kahfi..




inilah di antara kelebihan membaca surah alkahfi pada hari ni..jom sama2 amalkan;)


**hari ni jumaat,esok sabtu..dah hujung minggu..mesti blog ni sepi lagi tanpa pengunjung yang berehat di hari minggu..huhu**




Salam Sayang...

Thursday, 14 June 2012

~doakan mereka aman dan selamat:( ~

Assalamualaikum...

Dila nak share sesuatu dari fb..mesti korang tahu kan selain di syria dilanda peperangan dan kekejaman,sekarang benda tu juga terjadi di myanmar..sangat sedih melihat mereka diperlakukan kejam tanpa belas kasihan...kat bawah ni copy from fb...




Disamping kita mengingati dan membantu rakyat Syria yang ditindas sekarang, jangan lupa juga kepada saudara kita di Myanmar. Terbaru, mereka juga ditindas dan dibunuh oleh puak Buddha dan juga pemerintah kerana umat Islam Rohingya merupakan minoriti di sana.

Oleh yang demikian, admin menerima maklumat bahawa pihak NGO MAPIM akan mengetuai penyerahan Memorandum Badan Bertindak Rakyat Malaysia Selamatkan Umat Islam Rohingya di kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 15 hb Jun 2012 selepas solat Jumaat (esok). Acara akan bermula dengan perarakan dari Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur.

MAPIM juga akan bersama komuniti Rohingya di Malaysia untuk mengadakan majlis Solat Hajat di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 17 hb Jun 2012 selepas solat zohor. Semua masyarakat Islam dijemput untuk solat zohor di Masjid Negara pada hari itu .

Penderitaan etnik Rohingya yang diiktiraf oleh PBB sebagai antara etnik yang paling tertindas di dunia amat memerlukan sokongan dan pembelaan dari seluruh umat Islam di seluruh dunia .

Sesungguhnya muslim itu bersaudara, ayuh nyatakan solidariti kita kepada mereka semua. Disamping kita doakan kejayaan rakyat Syria, jangan lupakan juga mereka di dalam doa kita semua.

Jom sama2 doakan mereka

Wednesday, 13 June 2012

~ nasi goreng cintaku~



tajuk ntah pape..hehe..nasi goreng cintaku diberi khas untuk nasi goreng buatan suamiku..;)

hari ni si dia offer nak masak..so ape lagi..saya on je..leh relax2 jap..sayang kamoo<3 @--}--
 agak pucat sebab xletak kicap..hihi..tapi sedap berikan bilis dan telur:)

 ditambah pula udang goreng tepung berempah resepinya..nyum2!;)

dan air milo kaw2..


**semuanya abang buat..thank u laling..jasamu dihargai..lain kali buat lagi..hihi ;)**




Salam Sayang...

Monday, 11 June 2012

~kenangan bersamamu~

Assalamualaikum...

kenangan bersamamu...takkan ku lupa..hingga ke hari ini...biar ada yang mengganti...tapi tidak sama denganmu...yang begitu kasih padaku dan jasamu begitu banyak padaku..hanya Allah yang dapat membalasnya..biarpun dikau pergi dulu..namun hati ini tetap berasa dikau tetap di sisiku...setia menemaniku...dan membimbingku...hingga ke akhirnya...

To my beloved...arwah ABAH...i miss u so much!




Duk skodeng2 gambar,tertengok gambar ni..ni je satu2nya gambar arwah abah dalam laptop..ni pun setelah discan..tapi kabur dan dicrop..yela..dulu kan guna kodak..mana ada abah ambik gambar guna kamera digital..huhu..gambar lain banyak dalam album kat rumah..

Korang..ada tak orang yang anda sayang meninggal??ada tak tanda2 yang menunjukkan dia dah nak pergi??hari tu ada je orang tanya camne abah pergi..xtahu nak cakap camne..tapi abah memang menunjukkan tanda2 dia nak pergi..

Dah 6 tahun abah pergi..tapi tetap rasa dia sentiasa di sisi..melihat anaknya yang dikasihi..abah pergi sebab sakit jantung dan strok akibat penyakit kencing manis..just 2 weeks abah sakit kat hospital..Alhamdulillah..dila anak yang paling nakal ni yang banyak teman..tido kat hospital..sebab dila baru je habis spm..result pun tak keluar lagi..kakak dan adik masing2 kena belajar dan abah suruh tumpukan pada pelajaran..sebab abah cakap dia masih bernyawa..dan emak..bergilir2 tido kat hospital dengan dila..dan sejak hari tu,dila jadi berani naik teksi sorang2 g hospital..naik lif sorang2 walaupun sebelum ni memang takut naik lif..huhu..

Sebelum abah sakit..abah jadi pelik..takpe kan cite..untuk perkongsian bersama..erm..abah jadi macam kanak2..dia nak pape dia akan minta orang ambilkan padahal sebelum ni tak macam tu..nak makanan tu..tapi makanan tu dah depan dia..dia suruh orang jugak hulurkan..ma cakap abah makin pelik..mak pun risau..abah jugak beberapa kali keluar depan rumah..tengok je rumah kami..dia tengok sekeliling..macam ada tak kena dalam fikiran dia..dan dia cakap kat mak sedara..tengok2 kan family dan rumah aku time aku xde..see..macam dia tahu kan..padahal masa tu dia sihat sangat2..selang beberapa hari tiba2 dia sakit..tu pun still nak g sekolah mengajar..masa tu dia dah pencen..tapi mengajar fardhu ain lagi..demi cari nafkah untuk family:( kitorang semua xhabis belajar lagi..

Orang cakap..bila kita nak meninggal..kebanyakan ada tanda2nya..kita xkan perasan..tapi orang lain perasan..ajal dan maut tangan Tuhan..nak tak nak..kita kena kembali pada pencipta kita..cuma kita xtahu bila masa tu..lagi satu..semasa ibu bapa kita ada..gembirakanlah hati diorang..kalau diorang nak kita wat sesuatu..tapi kita tak nak..kita buat jugak..bila lagi nak hepikan diorang..bila diorang dah takde..menyesal pulak kita nanti..jangan fikirkan kebahagiaan kita seorang..sebab diorang lagi tahu mana terbaik untuk kita..Alhamdulillah..ape yang arwah abah nak dila tunaikan..

abah suruh ambik ujian masuk mmp,dila usahakan..abah suruh lulus ujian langkau kelas masuk form1 terus..dila ikut..abah tak bagi duk asrama..dila ikut..dan yang paling hepi..masa tu form4..dila memang tak pernah dapat nombor 3 hingga 1 dalam kelas..yela..semua budak sekolah tu pandai2..dila tak berapa pandai..abah lak garang..masa kena ambik result..motor abah rosak..abah datang lambat..abah badmood sebab motor jahat..dan abah cakap dapat no banyak lagi ke?dalam hati...sabor jela..huhu..bila abah ambik result..abah senyum lebar..siap sengih lagi..terus dia berjalan balik sambil pegang kad result dengan senyumannya..u know what?? Saya dapat no 2 sepanjang duk sekolah tu...seronok!bukan sebab no 2..tapi seronok tengok abah senyum...abah susah tau nak senyum ngan anak..dia garang dan berdisiplin...huhu..rindu saat tu!lepas tu result tak teruk dah..abah dah tak marah..see..walaupun masa tu rasa xsuka la kena ikut..tapi bila buat..hati tenang dan seronok tengok senyumannya..tak caye?cuba buat..huhu...kan dah cakap..ibu bapa tahu what the best for his daughter;)

Lepas abah takde..dila dah berjanji dengan diri dila..akan belajar sungguh2 untuk berjaya..sekarang ada mak..akan hepikan mak dengan kejayaan..masuk u diploma..mak selalu hepi dengan result dila..mak baik..dia cakap usaha lagi..jangan jadi macam mak ni..mak xsambung belajar lepas spm..mak nak anak dia berjaya..masuk ijazah..mak still bagi semangat..bila nak extend n nak kawin..mak cakap..boleh..kawin elok..tak perlu lagi nak buat dosa...tapi janji kena sambung..mak nak tengok saya genggam ijazah..untuk kebahagiaan saya..lama belajar pun takpe sebab saya belajar agama..tenang hati arwah abah kat sana..ok mak..saya usahakan..walaupun saya terpaksa belajar kos yang saya tak pernah minta..tapi semua tu saya tahu Tuhan aturkan yang terbaik..terima dan usaha..doakan saya..

Sorry..entry panjang..tapi just untuk peringatan diri n kat kawan2..jangan lukakan hati ibu bapa..bab belajar,usahakanlah demi senyuman diorang..bab jodoh..pilihlah yang mereka juga suka dan redha..kawin tanpa redha hidup tak bahagia..dan bila kawin..memang kena ikut kata suami..tapi jangan lupakan ibu bapa...

untuk arwah abah..terima kasih sebab didik kami jadi anak yang soleh dan berjaya..insyaAllah..terima kasih sebab tak terlalu manjakan kami..kami jadi anak yang boleh berdikari,sabar dan berani..kami akan doakan abah bahagia di sana..berada di syurga yang abadi..amin..dan akan membahagiakan mak

Sob2..entry ni dibuat sebab ingat arwah..kawan la ni..asyik cite apa abah diorang buat..saya jelous tau..xpe2..saya dah ada abah baru..(mertua)..:p

Sunday, 10 June 2012

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500



dah selesai cuti, jom join segmen lak..ditag oleh maisarah..;)

follower saya sekarang 406 :) semoga bertambah lagi kenalan saya;)

tarikh tamat : 12 june 2012..jom!


Salam Sayang...