Friday, 25 May 2012

~ entry makanan! ^_^ ~

lapar ke?meh tengok2 makanan ni meh..kot2 tengok pun dah kenyang..ke makin lapar??hehe (gelak jahat)

semalam g makan nasi arab..kabsah..duk kat negara arab ini jela makanan diorang kalau g kedai..kalau bukan kabsah,maghlubah,mandi,beriani..yang paling dila suka maghlubah..dan kabsah..tengok kedai2 juga..ada tu langsung tak sedap..yang tempat dila g ni sedap..harga mahal sikit dari tempat lain..takpe..janji sedap..dan dah banyak kali g sampai tuan kedai dah kenal..malu pun ada..:P

ala..rasa mcm nasi goreng yang diletak rempah je..ni berlauk daging kambing..1 pinggan banyak..kena kongsi 2 orang..dila tak makan daging tu..maka ngan ayam bawah ni...harga nasi ni rm15..kalau lauk ayam rm13.50:)

roasted..ntah ape benda aih panggil..hehe..sedap..macam kfc..duk teringin makan ni la..rm15 sekali ngan salad mayonis bawah ni ;)
salad mayonis..dimakan dengan nasi dan ayam roasted..sedap mcam kfc gak;)

ni kuih donut gebu yang dila beli ngan kakak yang jual kat kawasan ni..beli petang tadi..sedap giler! gebu sangat2! dah 2 kali beli..berbaloi..nak buat boleh,tapi tak gebu camni..hehe..teringat dunkin donut dan big apple..6 biji rm4.50..besar2;)
abang syok makan..

ni lak dorayaki berinti kacang...sedap jugak..;)

makan,makan,makan...asyik makan je kitorang ni..dila tak naik2 berat badan..abang pun tak,cuma naik perut je ke depan..haha :P

- upload n edit by samsung galaxy note...best ^_^

Salam Sayang...

Thursday, 24 May 2012

~ tutorial : tab menu drop down...

sebelum masuk tajuk ni,dila nak ucap terima kasih banyak2 yang mendoakan dila cepat sembuh..sekarang Alhamdulillah dah kurang sakit..tapi still tak boleh berjalan banyak lagi..insyaAllah akan dicek secepat mungkin :)

dan hari tu juga someone tanya dila camne nak buat tab menu drop down tu..tahu yang mana??bukan yang atas tu..tapi yang kat tepi sebelah kanan..kotak warna pink tu..bila cursor sentuh je kotak tu,akan keluar la maklumat seperti yang tertera atas kotak tu..tengok gambar bawah ni..

senang je cara dia..xperlu edit html bagai..just..

1) buka dashboard-->design-->page element-->add gadget-->pilih html/java script

2 ) copy kod bawah ni dan paste dalam html/java script tu ye..tapi sebelum tu edit dulu kod warna dan tajuk..

TAJUK 1

MASUK KOD KORANG

TAJUK 2

MASUK KOD KORANG

TAJUK 3

MASUK KOD KORANG

3 ) Masukkan kod Popular Posts, Recent Comment,Recent Post,Shout box, Formspring box dan macam-macam di bahagian MASUK KOD KORANG. Tajuk boleh letak di TAJUK 1, 2 dan 3...

4 ) #ffffff adalah warna bagi tajuk, #FF6699 adalah warna background title box , #FFFFFF adalah background accordian box iaitu background tempat shoutbox dan lain-lain tu..

- kod warna boleh ambik kat SINI

5 ) kalau nak buat banyak lagi tajuk..just tambah kod kat bawah ni dan paste bawah kod tadi ye..kalau nak kurangkan, cut je kod kat atas tu..( if nak 2 je menu,cut kod yang ada perkataan "tajuk 3") ada faham??huhu

TAJUK 4

MASUK KOD KORANG

** first time buat tutorial..xreti bab2 ajor ni..huhu..lagi satu..sorry kalau serabut..xboleh buat petak blocquote tu..tak tahu la kenapa..puas ku godek2 blog ni =_= ..kredit tu blogger ni..**

Salam Sayang...

Wednesday, 23 May 2012

~ worldless wednesday ~

~ i'm sick =_=

Assalamualaikum...harap korang semua sihat..

Dila nak cite...kot2 ada ibu2 yang boleh membantu kan..kawan2 yang tak kawin pun kot2 pernah alami cmni...dila first time rasa camni..huhu...malu ke tak malu tetap nak cite..tapi rasanya xde laki pun baca blog ni...

Dila datang cik p lambat...6 hari..masa sebelum kawin tetap dan comel je datang...tak sakit...kalau sakit pun still dapat bergerak g kelas..2 bulan lepas kawin dia datang makin lambat..tapi beza 2 hari je..langsung tak sakit..2 bulan sebelum ni lak comel je datang tetap..dah normal balik...tapi bulan ni....lewat 6 hari..dan pada masa tu jugak sakitnya datang..

Semalam dila sakit...Tuhan je tahu sakit tu camne...sampai menangis dan terguling2..cik abang pun tak tahu nak watpe...dah la dia peksa...kesian dia...serius dila bagitau...ni sakit tak boleh digambarkan camne...seluruh tubuh sakit...kalau tak takkan sampai terguling kan..badan rasa seram sejuk..tulang belakang rasa nyilu dan berdenyut2...rasa nak patah tulang..perut...ok..bab perut yang dila risau..sakit sangat2...cuba tekan perut terasa jugak bengkak2 bawah pusat...berdenyut2..memang tak boleh bangun langsung...risau ada problem perut je..=_= tapi minta2 takde pape...tak reti la nak gitahu sakit camne aih...tak terkata...tak boleh bangun langsung...g tandas pun terbongkok macam nenek tua...muntah dan pening tak pyah nak cakap..sakit giler...dan bleeding yg terlalu banyak...mahgrib sampai malam 6 keping dah habis..huhu..

Hajat nak g klinik. .hari tu prnah pergi kat doktor yang scan orang hamil tu..dia cakap biasa la 6 bulan lepas kawin tak tetap..ok..dah normal balik..tapi kenapa jadi lagi?=_= dan dia tak leh detect pun apa ada dalam perut tu..just untuk pregnant je..klinik biasa xg lagi. .susahnya la aih kat sini...rasa nak terbang balik malaysia malam ni jugak cek..huhu

Korang pernah macam ni ke?share sikit...risau..sebelum kawin lain sikit ngan lepas kawin kerisauannya...huhu..betul la orang cakap..sebelum kawin cik p teratur xsemestinya lepas kawin pun camtu n senang dapat anak...Allah lagi tahu what will happen tomorrow...semoga Allah mengurangkan dosa dengan sakit ni... :(

Hari ni pun sakit jugak...

Tuesday, 22 May 2012

~ susah!~

Assalamualaikum...entry ni panjang..nak baca pastikan takde kerja dah nak buat ye..risau duk iron baju kang terhangit pulak...hihi

Gambar xde kena mengena ngan tajuk pun..saja nak bagitau ni kek kawan bagi semalam..sedap dan moist..tq ye ;) ok..g ke topic sebenar..

Dulu kan..masa belajar..selalu tak sebut susah bila kita tengah study or belajar sesuatu? dulu dila pun banyak kali gak cakap camtu..dila pernah ambik admath masa belajar sek..akaun...matematik..orang cakap sape suka matematik akan suka admath..yeke?? Dila xpun..admath paling xsuka..sebab tu selalu cakap susah la admath ni!

Bila belajar pula grammar,speaking,agama macam mantik,falsafah dan lain2 still cakap susah2! Susah la nak ingat! Susah la nak faham..lepas tu letak kat tepi buku tu..kalau boleh tak nak tengok pun..geram! Macam tu la dila kadang2..korang macam tu jugak ke?ke dila sorang je?=_=

Tapi oneday masa dila study diploma hari tu..terkesan dengan kata2 ustaz ni..ustaz faham kitorang ambik subject yang susah dan tak minat..masing2 wat muka tak minat langsung nak belajar..kesian ustaz..huhu..dia pun cakap la.." korang ni datang nak belajar ke taknak?kalau tak nak belajar balik..belajar ni memang la susah..nama lagi belajar..kalau senang baik xyah belajar..goyang kaki kat rumah dan bekukan otak..xyah fikir pape..tu la senang..wat habis duit mak bapak je datang sini tak nak belajar..bersyukur la dari orang yang nak belajar tapi takde duit nak belajar..kalau belajar semata2 nak dapat kerja tanpa mendalami apa yang kita belajar tu baik xpayah..dikira xpandai jugak."

Ustaz cakap camtu semua orang diam..ok..semua mula gedik baru nak fikir betul jugak ustaz cakap..insaf la jugak! =_= kan? Betul ustaz cakap..lepas tu kitorang dah semangat balik nak belajar..xfaham terus tanya ustaz..tak buat muka blur dah..hihi..

Sekarang dila stop kejap nak belajar..dila nak tenangkan fikiran kejap..4 tahun belajar tak henti2 macam kepala dah jem..tapi bukan tak nak belajar ok..sekali belajar dila gila study terus..ada 3 tahun lagi..study tetap study kat rumah ni..fokus utama bi..still xreti2..so sekarang belajar guna tenet kat rumah..asah minda jugak kan..hehe..tapi tetap rasa blur2 sikit..susah nak ingat bila tinggal hampir 4 bulan hari tu tak belajar..

sebab tu betul la pakar cakap,orang yang mudah nyanyuk adalah orang yang xbelajar lama sangat dan tak cuba nak asah minda diorang..sebab tu digalakkan menyuruh orang yang berusia lewat 40 an rajin2 membaca...untuk menajamkan fikiran..tak kisah la baca ape pun..novel pun jadi la asal saraf otak bergerak sikit..dila pun tengok atuk yang umur 80 an still tak nyanyuk lagi..atok banyak hafal quran dan baca kitab..dah cakap tadi kan tak kisah buku pe :)

Tu je nak bebel..sekarang pun still dalam hati cakap susah..bila muncung cik abang faham dah tu..haha..

Monday, 21 May 2012

~ bulan rejab ~

Assalamualaikum..

Esok 22 mei dah masuk bulan rejab dah...bulan rejab ni banyak sangat2 faedah bila berpuasa bulan ni...

Puasa 1 hari : mendapat keredhaan Allah...

Puasa 7 hari : ditutup 7 pintu neraka..

Puasa 8 hari : dibuka 8 pintu syurga..

Puasa 10 hari : Allah akan mengkabulkan doa..

Banyak lagi kelebihannya..rasanya dah ramai yang post entry pasal no..so dila gitahu sikit je ek..

Jangan lupa Banyakkan juga solat2 sunat...baca quran..jangan tinggal solat fardhu plk ye..yang tu wajib! :)

InsyaAllah kalu sihat tubuh badan jom kita puasa sama2 bulan ni ek ;)

Sunday, 20 May 2012

~ segmen : imbau kenangan saat sah jadi miliknya ~

dijemput oleh mama mia untuk join segmen ni...best segmen ni..membuatkan kita teringat balik kenangan2 dulu kan.. :) nak join klik banner ye..mama mia,dila tak reti bab2 cerita ni..tapi dila cuba ye..hehe

kami berkenalan pada pertengahan tahun 2007..masa tu kami sama2 menuntut kat universiti yang sama..cuma berlainan kos..mula2 kenal pun tak..tapi cik suami curi2 pandang dan cuba sedaya upaya nak kenal..semalam baru korek rahsia camne dia dapat no tepon..susah..kesian dia..hehe..berkenalan akhirnya masing2 jatuh cinta pada akhir tahun 2007...banyak pengorbanan si dia untuk menambat hati si gadis ini..kami tak bercinta sakan macam orang lain..sms pun sekali seminggu..just untuk bertanya khabar..telepon dan jumpa?lagi la..1 2 x sbulan..walaupun banyak fitnah2 orang bercerita,kami masing2 pekakkan telinga..tapi kami bersyukur..itu yang membuatkan kami makin matang dan percintaan kami banyak selepas berkahwin..itu yang lagi menggembirakan kami..

tahun 2010..19 november 2010..kami mengambil keputusan untuk bertunang kerana si dia ingin melanjutkan pelajaran di jordan selama 2 tahun..bertunang dalam jarak yang jauh..si dia dah pergi jordan..hanya family je yang datang..buat just family..asalnya tarikh berkahwin selepas saya tamat belajar iaitu 4 tahun lagi..tapi jodoh di tangan Tuhan..tup2 si dia mahu bertunang just 1 tahun..

tanggal 1 september 2011..akhirnya kami diijabkabulkan..walaupun persiapan saya je yang banyak buat sebab si dia duk jauh,saya gembira..majlis yang simple dan tenang melihat segalanya berjalan dengan lancar...lepas je kahwin 23 hari,terus datang jordan menemani si dia belajar...saya?bulan 9 saya akan sambung bekhidmat sebagai pelajar dan isteri.. :) sekarang genap 8 bulan kami berkahwin..rasa semalam baru akad nikah.. ;)

** doakan kami sentiasa bahagia dan mendapat cahaya mata yang soleh solehah ye..nak jadi ibu yang muda dan pergi belajar agama sama2! ;) amin..**

Salam Sayang...