Friday, 3 June 2011

Kenangan bersama arwah Abah….

hari ni..kul 2.11 pagi…tiba2 aku tringat abah…erm…x…arwah abah…bila teringat…terasa mata panas…sdih…sebak..smua ada…arwah abah…walaupun dia garang,tiap2 masa marah kami,tegur kami,nasihat kami…tp kami adik beradik terima…dia abah kami…dan kami th sifatnya itu membuatkan kami lebih cpt matang dan belajar berdikari….pantang kami buat silap sikit,dia akan marah kami…dan kdg2 memukul kami…..tp kami th..itulah caranya mendidik anak2…dh itu caranya,kami terima…walaupun kami tidak suka, tp cara itulah membuatkan kami berjaya….berjaya dalam pelajaran  dan takut untuk memarahi org…sbb kami th bagaimana perasaan apabila dimarahi…

arwah abah….
Dulu kehidupan kami sangat2 miskin….dgn gaji abah yg hanya beberapa ratus sebulan, xsmpai separuh dr rm1000, kami berjaya menghabiskan  pengajian kami dr sekolah sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke university…bg abah, kemiskinan bukan factor bg seseorg itu untuk tidak Berjaya … kami ingat lg, dulu…setiap kali aku minta duit untuk beli buku, abah xbg…alasannya, guna je buku yg ada, guna je buku yg abg n akak2 kamu guna…membazir…tp buku itu dh xblh pakai lg…perbezaan tahun kami jauh..jd sukatan pelajaran pun br…mula2 aku marah sbb abah xpatut ckp cmtu… abah patut fhm…tp aku th..itu hnya alasan abah sbb abah btul2 xde duit nk bg…nk mkn pun ckup2 je..nk bli buku lg la…abah kdg2 terpaksa berhutang dgn kwn, saudara untuk menyara kehidupan kami…mkn pun kdg2 tnpa lauk,..hnya nasi kosong dan keropok santapan kami…dgn duit poket aku tiap2 hr rm1, aku hnya mmpu membeli keropok atau snek pd waktu rehat…kdg2 aku puasa….dan duit lebih aku simpan untuk bli buku….hnya itu yg mmpu aku lakukan…sbb kalu mnta lg, aku akan dimarahi...tp aku sabar…mungkin ini hnya sementara…

dan abah selalu pesan kpd anak2..

bljr kna rajin2 smpai ke peringkat university…biar esok2 dpt keje bagus,blh jaga ibu bapa, blh senangkan hati keluarga esok2…abah juga berpesan…bila ingin berumahtangga, carilah yg beragama..bukan yg ada rupa, kaya…esok2 insyaAllah kebahagiaan bersama kita…dan jadilah anak yg soleh dan solehah….jgn kejar kekayaan sehingga mengabaikan keluarga…

Alhamdulillah, abg dan kakak yg masa muda2 dulu tiap2 masa kna marah,pukul, akhirnya Berjaya msuk ke university dan bekerja…dan menjadi suami dan isteri yg solehah…mereka menjadi org yg patuh kpd ibu bapa, menjaga agama, dan menjaga adik2nya….aku dan adik  juga Berjaya..smuanya ke menara gading…kehidupan kami mula berubah sikit demi sedikit………….tp sayang….

1/3/2007….Abah pergi dulu meninggalkan kami….
Secara tiba2…abah sakit selama 2 minggu…kemudian meninggalkan kami….
Doctor sahkan dia menghidap penyakit jantung….kami terkejut,tetapi menerimanya dgn tabah….

Abah pergi tnpa sempat melihat keputusan peperiksaan SPM aku yg hnya 1 bulan lg akan keluar…

Tnpa melihat ku Berjaya ke menara gading seperti abg dan kakakku yg hnya beberapa bulan selepas itu…….hanya tangisan yg mengiringku ke menara gading…..

Tnpa sempat melihat abang yg melangsungkan perkahwinan tidak lama kemudian…

Tnpa melihat cucunya yg mana dinanti2kan selama ini….

Smuanya berlaku tnpa sempat abah melihat….T_T

Sdih..pilu...apabila rakan2 selalu sebut tentang ayah mereka…tp apa blh buat…??
Hanya doa dan bacaan quran dr anak2 soleh yg blh membantu ayah dan ibu kelak……..
Kami hnya mmpu berdoa tiap2 hari di dalam solat agar arwah abah ditempatkan bersama2 org beriman…amin….T_T….

Kepada anak2 di luar sana…hormatilah ibu bapa anda….jgn jadikan kemiskinan sbb anda membenci kedua ibu bapa anda dan sbb untuk tidak Berjaya…itu hnya dugaan…selepas dugaan akan dibalas kemanisan….

Dan jgn lah kamu meminta yg bukan2 kpd ibu dan ayahmu….krn mereka yg berpenat lelah menyaramu…demi melihatmu bahagia dan Berjaya…selagi mereka hidup…hormatilah dan sayangilah mereka…jika mereka sudah tiada, doakanlah kebahagiaan untuk mereka di akhirat kelak…amin…Ya Rabbal Alamin…..

Ayah…
Rasakan di hatimu,
Secebis kasihku,
Yg kian merinduimu,
Biar kau tiada di mataku,
Asal kau bersama Penciptaku,
Juga Penciptamu,
Yang menjanjikan pertemuanku denganmu,
Di Syurga milik Yang Satu….