Saturday, 4 August 2012

~ nak lagi!!;)

Assalamualaikum..:)



gambar terjumpa dalam phone:)


Sape nak bagi saya bunga?? Hihi..sungguh! Saya sangat gilakan bunga ros..pantang nampak orang jual,mula gedik nak,nak! Tapi terpaksa batalkan niat sebab mahal! Huuu...

First time dila dapat bunga ros ialah time form 1..3 kuntum..warna kuning,putih dan pink..from my friend..perempuan ok! Sebab sekolah saya sume perempuan..hihi..mula2 dapat terkejut! Hari sukan pulak tu..dia letak senyap2 dalam laci..ouh! So sweet! Suka2! Thank u ain;) banyak duit hang ye..hihi..

Second time dapat from si dia yang dah jadi suami saya sekarang...Gambar atas tu la..5 kuntum..means i love u until jannah...;) dulu pernah cite yang saya memang pantang nampak bunga ros dijual.. mula2 dia cakap bunga kan mudah layu..xleh simpan...dia nak bagi something yang boleh simpan...tapi masa konvo kat u dulu,terkejut dia bagi! Bukan konvo kitorang pun.hihi...dia bagi dekat asrama bertemankan kawannye..bagi je terus balik..malu punye pasal..:-p...but with ring! Cincin ada nama tu..hihi..thank u abang! Love it!!


Lepas kawin dah xjumpa orang yang jual bunga...xg mana2 konvo..xg kedai bunga..kawin terus datang sini..sini xde kedai bunga..ada bunga kat universiti je..xkan nak petik..kena kejar ngan pak guard nanti..hihi...


So,sape nak bagi saya bunga?? Nak lagi!! Jelous nora elena dapat banyak warna dalam cite tu:-p korang pulak ape yang korang suKa sangat??

Friday, 3 August 2012

~dah xpenuh dah..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah,dah sampai pertengahan ramadhan dah kan...puasa penuh lagi tak setakat ni? Hihi..

Hari tu ada cite pasal terawih kat sini kan..biasa2 je kat sini..sembahyang 8 rakaat terus balik,xde tazkirah pun..tu pun makcik2 arab lepas bagi salam witir terus berebut2 turun pakai selipar...ganas2 pulak tu..xsabar nak balik kot..dila apa lagi,risau selipar hilang disepak mana2,so cepat2 jugak la balik..kecik kan,senang menyelit celah2 mak cik arab besar2.. kuikui..:-p

Sini kalau solat fardhu,perempun tak solat kat masjid..memang xde..untuk lelaki je dia bagi..sebab bagi diorang perempuan elok solat rumah...tapi boleh je pergi asal betul2 tutup aurat,pakai stokin,jangan selak kain solat tinggi2.. huhu..tapi bila solat terawih,boleh pulak perempuan solat masjid..xfaham..di tingkat atas setiap masjid..apa lagi,dila ajak la cik abang g..nak rasa solat kat masjid sini..solat fardhu xboleh,solat sunat pun jadi la..

Hari first pergi,fuh! Ramainye! Azan je isyak pergi2 dah kena duk belakang sekali kat pintu keluar..dan ada yang sampai solat atas lantai tangga..bila ramai camtu,mula diorang main langkah2 je belakang orang sujud..sebab nak cari tempat solat..yang geram,bolehnya duduk depan orang solat..berdiri sampai orang tengah solat xleh sujud! masa tu, Sabar2..dugaan..

Kejadian macam tu berlanjutan sampai 3 hari...3 hari je?? Ahah..sebab start hari yang ke4 dah mula xramai..xde dah berhimpit2 cari tempat solat..dan semalam hari ke 15 kosong,kosong..ouh..eh! Najwa xde kat situ..hihi...tapi boleh nampak la kosong..ada 5 barisan je dari 10 barisan..solat pun xserapat dulu..ok...perkara biasa,semangat di awal ramadhan je! Nak tahu diorang kat mana??



Macam ni la awal2..


sekarang??
Kat kedai2 membeli barang..ada yang jual kasut lelong..kasut xcomel pun,macam dah pakai je..huhu..tapi sini memang famous bundle pun..pastu ada yang beli baju,bawak family g situ g sini..rumah dila betul2 depan pekan kan..pekan kecik yang ada beberapa buah kedai baju dan kasut..dan depan tu masjid...azan je isyak,g masjid..tengok ramainye orang tengah jalan! Diorang watpe..rupenya bawak family g beli barang nak raya kot..memang ramai..yang lelaki pun ramainye lepak...balik terawih still ramai lagi..xhabis shopping lagi rupenye..

Ala..xyah heran la..kat malaysia pun sama je dila tengok tahun lepas..time 'cuti' xg terawih dila g shopping complex..penuh! Sesak nafas..hoho.

Betul ustaz cakap..sekarang orang fikir puasa sebab lepas tu yei! Raya! Zaman nabi orang duk sibuk kejar pahala 10 akhir ramadhan..sekarang sibuk cari diskaun nak sambut raya..huhu...peringatan untuk diri dila jugak..sebab pernah jugak wat camtu..=_= sekarang beli on9 je sebab malas nak bersesak2:-p

Salam;)

Thursday, 2 August 2012

~masak pe ye?~

Assalamualaikum...;)


Entry baru update selepas balas komen2 korang...lambat jejak lagi..huhu..xde idea nak tulis pe..macam tu ler..bila nak tulis xtau nak tulis pe..bila nak tido,macam2 idea datang..mencurah2..dush! Geram.. takkan nak taip time tengah ngantuk kot..hoho..




Nah! Menu berbuka semalam ngan sahur..makan ni je..malas nak masak macam2 sebab jemu dah nasi..makan pun sikit2 je..huhu..ape ni?? Ayam goreng kunyit berempah..resepi baru jumpa semalam..sedap jugak rasa rempah2.. taip kat google konfem jumpa;) bukan nak bagi terliur time puasa tengah2 ari.xmau sangka buruk na bulan pose..hihi




Ngan begedil daging..siap berkelit2 gitu gambar..xyah terliur ye..biasa je aih..bukan macam hotel:p

So baru nak masuk topik sebenarnya...=_= topiknye...jom kongsi menu yang adik2,akak2,pakcik2,saudara saudari makan dan masak hari ni...xpun lauk yang korang nak beli kat bazar hari ni..dila xtahu nak masak ape dah aih..bila awak2 gitahu,ada la sikit idea nak makan pe...boleh ye..tinggalkan komen anda ^_^ terima kasih...

Wednesday, 1 August 2012

~mati hidup kembali dn pelangi


ok..ni bukan cite mati hidup semula tau..ni tajuk lagu dari filem chow kit..serius cite tu xsedap mana..tapi lagu dia best..ada motif dan maknanya..mengenai kesengsaraan dan pelangi yang ada selepas hujan..erk..maksudnya ada kebahagiaan selepas kesedihan..camtu la..faham2 la ye..hihi..jom tengok video ni..kalau xdapat tengok, cari kat youtube ye :-P


Salam Sayang...

Monday, 30 July 2012

~Cantik!;)

Assalamualaikum...;)





Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKANKERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!

-Sumber fb-

lepas ni jangan kita kata kita tak cantik tau..sebab semua orang cantik..cantik tu subjektif..dan jangan risau...jodoh kita akan nampak kita cantik...peduli ape orang cakap...cantik dimata Allah lebih penting!;)

~Contest header Paling Meletup By BH


lamanya xjoin contest..hari ni nak join la..time ada masa sikit ni...:) nak tunaikan janji kat maisarah...dah lama dia tag dila..huhu..sorry ye,baru nak join jugak,,hihi

nak join klik banner ye..tarikh tamat 31 oktober 2012...

tag :

ieda
hana
teya



Salam Sayang...

Sunday, 29 July 2012

~Alhamdulillah~

Assalamualaikum...


First of all..nak ucap terima kasih sangat2 kat kawan2 blogger sebab sudi doakan dila dan suami uruskan hal umrah tu..Alhamdulillah,berkat doa bulan ramadhan ni Allah dah selesaikan satu2 masalah selepas satu2 ujian datang..thank u Allah!:')


Nak menunaikan umrah melalui jordan ni bukan la senang..sebabnya kita kena berurusan dengan orang arab..diorang sememangnya buat kerja kucar kacir dan slow..kalau melalui agen malaysia senang sebab ada orang melayu kat mekah sana uruskan..tapi mahal..tak mampu nak bawak ma lagi,dila n suami lagi...hari tu tiket dah ok dah..nama dah ada. Ok relax,boleh uruskan hotel pulak..tapi masalah hotel pulak..mahal sangat dan jauh..yang dekat lagi mahal..kitorang dianggarkan 13 orang..nak bolehkan settle hotel lama..contact orang tu,orang ni...ada yang jawab,ada tak..jauh,mahal,..pening cik abang dibuatnya..dila tengok pun pening..huhu..tapi takpe,sabar ye...

Minggu lepas ok,hotel dah selesai...alhamdulillah..tinggal nak bayar je..sekali datang masalah syarikat tiket malaysia cakap nama tiket kitorang xde..means,tiket xde! Apa lagi,kalut la kawan dila yang g sekali tu..cakap kat abang,dia diam...i know perangai abang..kalau ada masalah dia xkan kalut..dia senyap je..tapi senyap berfikir..tu yang saya suka...sebab saya xsuka kalut..orang asyik tanya saya,tapi saya tak tahu nak jawab pe..sebab saya xtahu sangat..abang je tahu..dan abang xkan gitahu saya detail selagi benda tu xpasti..atau ada masalah..dia diam je..he knows that jika saya tahu saya xkan duk diam dan mula gelisah kalut xmenentu..tu xkan selesaikan masalah kan..perempuan,semua camtu..tapi perempuan kalu xgth mula cakap saya ni isteri ke ape..tapi sekarang saya faham kenapa...sebab kalut! Sah ke saya,kawan dengar pun kalut..pening saya dibuatnya..kena buat camni dila,camtu dila..ouh! Sudah! Saya pening! Huhu....sabar2..

Telepon mak,mak cakap risau jugak sebab dah bayar tiket kan..tapi mak cakap sabar...kalu ada rezeki,ada la..doa banyak2 Allah pasti tolong..dan memang tiap2 malam tahajud saya doa supaya dipermudahkan..sebab kesian abang uruskan..dia pun exam..sebab tu xnak push dia fikir hal ni..bila saya cakap tiket camne ek..dia cakap ada sayang..dengar cakap abang,percaya dengan abang je..ok..i trust u..saya pun diam la..hihi...

Dan semalam cuti sabtu,abang g syarikat tiket tu...dan balik abang cek ada dah nama..abang senyum cakap memang xde hari tu sebab dia baru nak masukkan nama dalam sistem hari ni..so jangan risau ye..fuh! Masa tu lega sangat! Terus gitahu mak ada..hihi...satu pengajaran diambil,jangan kalut! Hihi..

So sekarang tinggal berdoa je semoga Allah permudahkan urusan kami semua..teringin sangat nak pergi..dan nak bawak ma sekali..mak pun xpernah g..insyaAllah,insyaAllah...permudahkan Ya Allah :')


take note! biar susah sebelum pergi,jangan susah semasa berada di sana...Amin..sekali lagi,thank u kawan2! Sayang korang! :')