Saturday, 2 June 2012

~ thanks farhani!^_^

Assalamualaikum...

Baru habis makan coklat..coklat dari secret admire...hehe..

takdela..dari kawan sini..dia dah balik malaysia..tak sempat nak jumpa..tapi dia sempat kirim buah tangan yang comel ni untuk dila..melalui kawannya..thanks farhani..terharu kite awak ingat kite..huhu..baru kenal beberapa hari tapi rasa macam dah bertahun;)




Comel kan?ada coklat dalam bekas angsa..;) coklat sedap bangat...ada sape2 nak bagi lagi??hee

Contest Blog Comel + Oh-Seem by Norsyuhada Binti Johan

dila ditag oleh cik fiza..kena join walaupun tahu blog ni tak comel dan ohsem macam orang lain... blog simple..tapi memuskan hati tau tak serabut2..hehe..

ok nak tag blog mereka yang comel..:D

awak

kamu

dia


Salam Sayang...

Friday, 1 June 2012

~ nur aisyah humaira'~



duk skodeng blog beutiful nara,terus terpikat ngan kecomelan budak ni..mesti dah kenal kan budak yang bakal famous ni..jom tengok gambar dia yang comel2 ni..gambar ketika dia jadi model tudung..mudah-mudahan dia akan pakai tudung walaupun dah famous esok2..jangan just jadikan tudung sebagai fesyen saje ye adik yang comel..;)











eee..geramnye tengok! comel pipi n mulut tu...geram nak cubit2..hehe..katanya baru umur 3 tahun..dah pandai posing depan kamera kan.. :) orang kata nak anak comel selalu2 la tengok budak comel..ok..lepas ni nak tengok dia la..hehe :P

nak tengok fb dia klik aisyah humaira...kredit to beautifulnara...


Salam Sayang...

Thursday, 31 May 2012

~ tembikai gergasi! ~



hari ni dila g lambai2 tangan kat kawan2 yang g umrah tu..sedih..dah tinggal berapa orang dah kat sini..yang ramai g tadi pelajar lelaki, yang dah kahwin dan orang2 malaysia..pelajar perempuan takleh g sebab takde muhrim..dila doakan dila n family dan juga kawan2 blogger tercapai impian nak g ke sana jugak ye..amin;)

ok..cut the crap..lepas g hantar diorang naik bas petang tadi,kitorang terus balik..tak tahan panas sangat..dila lak puasa..dahaga air ler..dan bila puasa macam2 nak makan kan..tapi yang dila nak sangat jus tembikai campur air sirap..sedap..tambah2 dahaga ni..so kul7 suruh abang g beli tembikai...tembikai gergasi..dila je panggil camtu sebab memang besar sangat2..kat malaysia kecil tu pun tak larat dah nak angkat..ni besar lagiii la...huhu...


nampak macam panjang kan?ada yang jenis besar dan panjang..ada yang betul2 bulat besar..pandai pilih ke?dila tak tahu camne nak pilih..tapi abang nak beli dia suruh orang tu belah sikit nak try dulu..baru beli..manis... ;D


sekarang musim tembikai..so berlambak tepi2 pasar tu buah ni..semua besar2..geram tengok..harga ikut berat..tapi tak mahal pun..sebab musim dia kan..kitorang beli besar macam atas ni la..rm5..manis..leh makan seminggu kenyang..hehe..abang cakap ''kalau mak sayang datang ni,konfem nak beli dan terlopong..haha''..amboi! suka hati cakap mak kite camtu..report kat mak baru tahu..hehe :P nak bukti lagi?tengok gambar bawah ni..


besar tembikai ke besar orang yang pegang tu??haha..merepek aku ni..:P abaikan muka buruk dan busuk tu..tengok tembikai yang betul2 tak larat nak pegang..ngan budak umur 8 bulan gagah pegang budak lagi..cik abang angkat kejap je leh..lepas tu tukar tangan..hehe..ouh! buah belakang yang dicircle tu buah tembikai susu..warna oren kuning...pun besar dan manis..ni la pasar dan kedai kat kawasan kami..takde kedai lain..buka pintu g kedai ni..jemu..haha


jus tembikai yang dicampur air sirap dan ais..sedap! sejuk je minum...pukul7.45 terus buka puasa...lega...;)


**sekarang kul10 malam..malaysia kul3 pagi..kang tak pasai2 orang cakap eden merepek buka puasa pagi2 ni..huhu**


Salam Sayang...

Wednesday, 30 May 2012

~ selamat tinggal kawan! semoga jumpa lagi..~




esok 31 mei 2012..berangkatnya kawan2 dila ke mekah untuk menunaikan umrah..dua orang kawan rapat kat sini yang dah berkahwin pergi meninggalkanku cuti di sini sementara mereka di sana..waa!jelous!huhu
 
sekarang dah start cuti pelajar2 jordan...ramai yang balik Malaysia dan akan datang balik bulan 9 ( yang tak ambik soifi bln8 ni..lambat habis lagi)...ramai jugak yang pergi menunaikan umrah bagi yang ambik soifi..( habis bln8 ni like my hubby)...wah!semua seronok2..balik malaysia seronok boleh makan apa yang ada kat sana n jumpa family tercinta...yang g mekah lagi seronok menunaikan umrah berjumpa rumah Allah dan berdoa kat sana...me?? kenapa tak ikut g umrah sekali??

kitorang nak g..tapi tengah tunggu family cik abang n mak dila datang..bulan puasa nanti..diorang datang sini baru g ramai2 mekah..nak puasa kat sana,insyaAllah..doakan tercapai impian kitorang ye..teringin sangat2 nak g sana..amin2..;) sekarang orang cakap sana panas,..memang panas macam kat sini..bulan puasa laaaagiii panas..sabar2..demi tanah suci..

tahu tak,perjalanan dari sini ke mekah just g ngan bas..24 jam insyaAllah sampai..bas berhenti2 la jugak,,takde la straight 24 jam...huhu..dan tambang g balik tak sampai rm2000..makan sendiri2..kalau dari malaysia ke sini tiket ke sini dalam rm2000 lebih..dari jordan ke mekah naik bas tak sampai rm2000,jumlahnya just berapa..tak lebih rm5000..murah kan??kalau guna khidmat dari malaysia dengar2 rm7000 lebih..tak tahu la makin naik ke tak..sebab tu rebut peluang pelajar sini g mekah..bila lagi kan..dari malaysia esok2 memang kitorang kena simpan duit lama2 pulak..tapi haji susah..ada masalah kt pengurusan dia..eh!banyak cakap lak..terlebih cakap..hee...

**semoga selamat sampai kawan2ku ke sana..semoga selamat sampai dan selamat balik sini..doakan ku jua..dah bagi siap2 wasiat dila tadi ;) hehe..**


Salam Sayang...

Tuesday, 29 May 2012

~ it's true! zaman sekolah until universiti ^_^


pernah tak korang buat camni bila time sekolah dulu?
 cikgu guna nama kita untuk example kat sekolah..''ouh..jangan la cikgu,malu saya ^_^ '' sekali cikgu bagi example pasal perangai nakal korang.. =_='

yang ni lak perbezaan bila kita dah makin meningkat dewasa..yang senior tu saya tak pernah buat camtu k kat junior..saya yang kena buli ada la..''oi,mai sini''...huuu..


hehe..yang ni tak dinafikan la..ramai je yang nervous bila kena presentation time mula2 masuk universiti..tak pernah?tipu ler tu.. :P ''err..camni...eh!bukan2!camni saya nak cakap...errr..apa saya nak cakap tadi??'' (+_+)



Salam Sayang...

Monday, 28 May 2012

~ apa nak jadi dunia sekarang? ~





tak busy..tapi buat2 busy..sebab tu tak post entry baru 2 hari dah.. :P tapi tiap-tiap hari buka tenet tengok berita..tiap-tiap hari jugak banyak benda-benda dan kejadian-kejadian yang tak diingini berlaku..tambah2 malaysia...

bab politik?xyah citer la..tiap2 hari ada je bab politik..xmau cite kat sini sebab dila tak nak tahu sangat..pening kepala..baca je boleh la..selain politik bab jenayah..yang ni menakutkan..banyak kan kes jenayah..tiap2 hari ada kes bunuh, simbah asid, rogol, ragut..adei..sekarang nak berjalan rasa dah tak selamat..dulu suka jalan sorang2..still rasa takde pape.sekarang tak mau dah aih jalan sorang2..kena ada guard ( cik abang mangsa)...hehe...yela..bahaya la sekarang..kes ragut pun tak henti2 lagi..lagi??



lagi kes perhubungan sosial yang makin membimbangkan..remaja sekarang dah ramai yang tak rasa segan silu pun nak bersosial,wat benda yang haram di sisi agama..ikhtilat berleluasa..banyak kes buang bayi,hubungan yang haram..baru ni isteri orang pun terlibat..manusia sekarang dah tak takut Tuhan ke?tak takut dosa pahala..na'uzubillah la..minta dijauhkan dari kita dan family kita ye..banyak2 ingat Allah dan dekatkan diri denganNya..risau =_=

dan dua tiga hari lepas terbaca entry someone yang mengatakan ada blogger yang buat contest tapi diri sendiri yang menang..guna blog lain tapi still dia yang punya..ouh..ada gak camtu eh?adei..tak elok tau tipu2 ni..susah payah orang lain masuk contest..hadiah nanti tak berkat hang dapat..umur dah masuk 20 an tapi still macam kanak2 nak main tipu2..huhu..tengok,tak pasal2 blog awak dah kena boikot dan orang dah tak suka..erm..macam2..

** macam mak cik joyah tengah membebel pulak kan?? ala..nak bagi peringatan je.. :P **



Salam Sayang...