Shaklee GLA complex untuk wanita! ;)

Assalamualaikum;)

Ok hari ni pagi2 lagi dila nak share apa yang istimewa mengenai GLA complex vitamin shaklee ni..ianya sangat elok untuk wanita..lelaki pun boleh makan tau,tapi untuk entry ni dila ceritakan dulu untuk kebaikan wanita:) 

Ladies..this vitamin sangat2 baik untuk korang..sape yang tiap2 bulan setiap kali nak datang bulan senggugut or pms? Pms ialah kekejangan otot dalam rahim..sangat sakit kan sampai nak buat kerja pun xselesa...saya pun pernah mengalami dan sangat xsuka ok..huhu..dan sangat bagus bagi sesiapa yang nak hamil..kita ikhtiar insyaAllah Allah bantu..boleh cuba sayang untuk kesihatan anda..sebelum anda menangis sakit2..xnak macam tu..dan ia juga baik untuk sesiapa yang mengalami keputihan dan period x teratur..dan ada cara nak makan GLA ni lain dari yang lain..sape yang period xteratur makan dia lain,yang nak hamil lain cara makan dia..kalau nak tahu kena beli dengan dila dulu la..free consultant dila bagi tau;) ok..kat bawah ni details mengenai GLA shaklee ni..




INFO MENGENAI GLA COMPLEX

 

GLA adalah Gamma Linolenic Acid. Ia membantu:

  • menurunkan kolestrol
  • melegakan PMS sindrom pra haid
  • meningkatkan lendir servik yang berkuali untuk kesuburan

PMS adalah kekejangan otot dalan rahim dan sekitarnya akibat kekurang GLA.

 

Kehamilan

  1. GLA membantu wanita menghasilkan lendir serviks (mucus) berwarna putih telur -> cecair yang keluar sebulan sekali ketika subur (yang perempuan sure notice kan..hehe)
  2. Jika cecair itu tebal dan berwarna kuning, hijau atau coklat), wanita tersebut mempunyai masalah kesihatan. Paling kurang pun masalah keputihan
  3. GLA membantu sperma untuk berenang ke uterus dan bersenyawa dalam ovum
  4. GLA membantu sperma untuk hidup dalam tiub fallopio selama 4 ke 5 hari.

So..jom2 beli dengan dila..hari tu promosi akhir november dah berakhir..ada customer minta wat promosi lagi..hihi...so dengan ini dila isytiharkan yang ada promosi bulan disember! Best price dila bagi! Lagi murah kalau sape2 yang baru nak cuba shaklee ni..jangan lupa jenguk page fb mommy'ulya produkvitamin atau whatsupp 0196874005;)..

 

 


kuruskan badan jom!



Assalamualaikum ;)

haaa...duk belek-belek baju lama,banyak pulak yang tak dipakai..tambah-tambah baju cik suami..why?sebab baju dia banyak yang dah ketat! hehe..tu maknanya dia dah makin berisi nampaknya..mana taknya..bini dia ni duk asyik bagi makan je..hihi..so why not dila bagi dia makan set slimming shaklee yang dila jual ni kan..set bajet dila bagi sebab suami pun kalu bagi ubat banyak-banyak mana dia makan sebab xsuka ubat..so bagi 2 jenis pun jadi la iaitu lecithin dan alfalfa;)

set bajet slim ni sangat la laris sebab kita tahu kan,ramai yang takut nak cuba, dan sebab nak save bajet...so ramai yang cuba 2 jenis ni dulu..takpe,asal cuba pun dah kira ok..untuk kesihatan badan kita..kita pun asyik duk makan benda bukan-bukan je kan..:) dan ramai yang dah cuba rasa badan ringan dan kurus! syoknya! ;) nanti nak tengok perubahan suami lak camna..rasa sihat cergas bertenaga nak g kerja pun dah kira ok dah tu...




so ini la set bajet slim yang dia cuba;) mudah je! lecithin 2 biji masa lunch dan alfalfa 3 biji sebelum tido...dan alfalfa ni ada cara khusus makan dia tau..siapa-siapa yang beli ngan dila akan dila beri tunjuk ajar free ye;) dan kat bawah ni salah seorang geng shaklee share testimoni dia yang menggunakan just alfalfa shaklee ni..dan Alhamdulillah badan dia dah rasa ringan sihat bertenaga! seronok dengar..;)




betul! pengambilan yang konsisten sangat penting tau..baru la betul-betul jadi..bukan hari ni makan esok dah jadi..no no no! hehe...jom cuba jom..harga special dila nak bagi;) nanti dila share pulak apa yang dila makan dari produk shaklee ni;)

siapa-siapa yang berminat boleh whatsupp atau sms 0196874005..any produk u can ask;) assalamualaikum;)





Salam Sayang...

Shaklee!

Assalamualaikum;-)

wah! Dah lama menyepi...terlalu sibuk bila dah sambung belajar dan pada masa yang sama jadi mama..xlepas tangan dibuatnya..kelas pulak dari pagi sampai petang lepas tu balik2 buat asignment,main ngan anak,tidokan dia..ngan kita2 tertido! Hehe..so masa mana la nak update blog kan..tapi lepas ni insyaAllah lepas final xlama lagi,minta2 la blog ni terupdate tiap2 hari..

Ok! alhamdulillah, beberapa hari lepas dila dah sertai ahli shaklee! Yela,dari duk guna dan makan setiap masa,nak jugak jadi ahli kan..hehe..jom beli ngan dila jom! Dila tawarkan harga yang special akhir bulan november ni..murah dari orang lain..yang penting nak suruh orang cuba supliment dari shaklee ni..best! 

Dan shaklee ni bila lagi dila makan? Dila kenal dan makan masa mengandung lagi..sebab rasa letih je kan..so try supliment ibu mengandung tu..best dan terus rasa segar..siap panjat tangga 3 tingkat walaupun masa tu 7 bulan! Hehe..

Nak tahu supliment2 shaklee dan set yang dila tawarkan? Jom! Whatsupp atau meseg dila di no 0196874005..atau pm di page 'shakleemommy'ulya'..jenguk dan like page dila tau! dan whatsupp je untuk tanya apa2 soalan..insyaAllah dila jawab persoalan tu..tapi untuk tanya pasal shaklee je tau..:) 

Ouh ya! Set bajet pun ada untuk hamil,dan kurus! Murah! Jom! ;-)

Assalamualaikum..nak selitkan gambar anak yang sekarang dah masuk 6 bulan;-) 

Promosi merdeka!!:-)

Assalamualaikum:-)

Sekarang ni dila ada wat bisnes sikit tau..bisnes kecil2an untuk isi masa lapang dan cari duit lebih sikit..nak bantu suami dan isi masa sementara xmasuk belajar lagi..banyak duit kena ada woo..barang baby lagi..so dila decide nak jual online dan menamakan jualan ni ulya collections..nanti search fb dan instagram nama ni tau..follow dan like:-) boleh la bantu dila kumpul duit sikit2 buat belajar dan bayar keperluan lain..sokongan kawan amatlah diharapkan walaupun ada yang xbeli..yang penting sokong! Hehe

Ulya collection ni dila jual tudung,shawl,barang kecantikan dan kesihatan..insyaAllah xlama lagi akan ada jual baju blouse,jubah dan baju kurung..jual murah2 je! stay tune ye:-) 

Ouh lupa!! Sempena nak merdeka ni ada promosi merdeka bagi aurawhite!! 



1 AURAWHITE BERRY
+ FREE Shaker
+ FREE Aurawhite serum nano diamond
+ FREE 3 Biji Vitamin C Pharma Pahang
+ FREE 4 Gold Detox Foot Patch
+ FREE 1 Sisheido Black Mask
+ FREE 1 Slimming Patch Jun Gong
+ FREE 1 Sabun Susu Beras
+ FREE Postage 1 Malaysia (Poslaju)

Harga?? Hanya rm120!! Sehingga 30 august ni.

Wow!! Banyak tul free gift!!susah ni nak dapat banyak2 camni!! apa lagi..jom ler beli..murah dah ni!! Sedap tau aurawhite berry ni:-) 

So sape2 nak leh la order ngan dila kat fb ulya collection atau nak cepat whatsupp/sms/wechat no 0196874005..email pun leh..ulyacollections@yahoo.com..

Jom ler beli..jom ler:-) hehee

Selamat hari raya aidilfitri! ;-)

Assalamualaikum;-) ni entry penuh ngan gambar:-)

Dah seminggu raya baru dila nak ucap selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kat kawan2 blogger..sorry sebab hari raya memang xon9 blog..puasa pun jarang2 je..idea dah kering! Hihi..korang raya kat mana ye tahun ni??dila,suami dan anak beraya kat perak belah suami..sangat sedih xbalik kelantan pun sebab cuti just kejap je..suami kena keje selasa lepas tu.,dan tunggu mak datang je perak sebab wat akikah ulya hari raya ke3:-) 



Ni la suasana hari akikah ulya..saudara belah suami nih..gambar ni je ambik...xsempat sebab pagi2 lagi ulya merengek nak tido tapi xboleh tido..last2 tido atas nenek dia..rindu nenek letteeeww..hihi



Sape tuu?? Haa..ni la adik beradik dila dan mak dila yang boleh datang hari tu..me,adik,mak,ulya atas riba dan kakak;-) sangat rindu ok! 


Mak xlepas pandang ulya..dia betul2 rindu! Mana taknya..dia yang jaga dila dan ulya masa pantang 40 hari tuh..habis pantang terus datang nilai tinggal mak kat kampung..huhu..

 
Kakak dan adik..dua2 dah berpunya! Hihi...tapi adik xkawin lagi la..

 
Nak jugak bergambar ngan mak...rindu! Muka mak sentiasa sedih bila masuk gambar..susah tul senyum..hihi

 
Ni lak gambar raya pertama.,tema dila merah..tapi xnampak baju merah sebab tengah duduk..cik abang je nampak merah..see! Kecik betul dila dibandingkan dengan suami! Hihi..sebelah tu mak mertuaku:-)


Ulya yang syok tido ngan tok cu dia.,xkira raya ke tak tetap besssttt tido:-)

Anak kesayangan kami dunia akhirat! 





Dia dah besar...ahad ni genap 3 bulan..berat masa 2 bulan dah 4.9..3 bulan nanti jom timbang lagi ye ulya comel;-)





Last but not least, Selamat hari raya!! ;-) ouh! Jangan lupa doakan saudara muslim kita di mesir ye! Assalamualaikum!:-)

Terpesona!

OAssalamualaikum..

Jalan2 dalam tesco nampak benda ni terus beli..terpesona saat mata terpandangnya..wah! Hihi..i got casing phone baru! Like warna pink campur turqoise hijau..sweet manis dipandang..:-) puas hati beli..dapat murah rm25 dari harga sebenar rm35..pandai2 la suruh cina yang jual tu bagi murah..hihi..kalau on9 memang ramai jual rm35..xnak beli..nak tengok sendiri..pastu best sebab ada tongkat lagi tau bagi dia duduk leklok :-p


Sayang phone ni! (Tiba2 trlebih sayang sejak ada case ni) :-p

ikan bilis 3 rasa..





assalamualaikum;-)

hari ni masak pe untuk berbuka?dila pun masih blurr lagi nih nak masak pe..kat dapur ada ayam je..busy dari tadi tengok buku resepi masakan ayam..last2 xtahu jugak nak masak pe..haha...ouh ye!semalam berbuka disebabkan nak main masak ringkas je,dila just masak daging kandar dan ikan bilis 3 rasa..gambar daging kandar xsempat lak nak ambik,..ikan bilis je sempat snap sebab nak bagi akak tengok..dia nak cuba wat;-)

resepi ni tersangatla mudah aih..main campak2 je dila ni..xsangka lak leh sedap dimakan ngan nasi panas..puji diri nampak!hehe..kenapa 3 rasa?sebab lepas goreng ikan bilis tu,dila masukkan bwang besar dan lada merah..masukkan kicap manis,sos tomato dan sos cili..3 sos tu yang panggil 3 rasa..manis,pedas,masam..sedap uollls!hehe..


selamat berbuka!nak masak sebelum 'ulya bangun..ayam masak pe ek?masih blurr!


Salam Sayang...

selamat berpuasa semua!;-)









Alhamdulillah,kita berjumpa lagi bulan ramadhan tahun ni..puasa ke tidak hari ni?hehe..ok,,puasa kali ni dila,suami dan baby 'ulya puasa kat rumah nilai..dila baru je sampai nilai 2 hari lepas..rumah pun xhabis kemas lagi,bersepah..maklum ler tinggal kat suami,jadi orang bujang ler dia..hehe..dan sekarang dah boleh start berblog balik dan blogwalking sebab internet dah ada!yei!xbosan sikit time 'ulya tido..hehe


puasa korang camne hari ni?menu ape berbuka kali ni?dila still xtahu lagi nak masak pe..nanti jap g baru fikir dan gitahu ye..hee..ouh ye!sahur tadi dila xyah kunci alarm dah..sebab 'ulya yang tolong kejutkan seawal kul4!huhu..bangun2 pastu xtido dah dia sampai la kul7 pagi..teman mama dan papa dia sahur..duk diam je sambil tengok orang makan nasi dan tengok tv..good girl:-)



budak busuk di pagi hari..bangun2 je senyum;-)


dan terawih semalam dila wat ngan suami je kat rumah..sebab hajat nak bawak ulya sekali g masjid,tapi dia xtido awal la pulak..kalu tido leh je bawak sebab dia bangun tido xnangis pun..susah nak nangis budak ni..nangis nak susu je..tu pun kejap2 je nangis..so solat la berimamkan suami kat rumah..jemaah jugak tuh kan?hehe..pastu lepas je terawih terus mengadap biskut raya yang beli hari tu..sedap tau..rasa coklat dan kuaci..xraya lagi dah beli..beli bukan untuk raya,tapi untuk makan malam2 lepas terawih..malam konfem lapar sebab menyusu badan kan..raya beli yang lain la biskut..huhu


 biskut perisa coklat..sedap!


yang ni lak dia blend kuaci dalam tu..rangup sangat2! makan xsedar diri!hehe


ok la..selamat memasak untuk berbuka puasa hari ni ye..menu tu leh la kongsi ngan dila..boleh dila belajar masakan baru ngan korang;-) selamat berbuka puasa!;-)




Salam Sayang...

Sebulan sudah;-)

Assalamualaikum:-)

Alhamdulillah Ya Allah..'ulya anak mama dah cukup 1 bulan..kejap je rasa..duk ngan mama tiap2 hari xperasan mana perubahan tubuh dia..pipi kot perasan sebab makin tembam..hihi

Dan sekarang dila tengah baca buku 'now you are a mother'..best buku ni..dila baru je beli on9 hari tu..buku pun comel:-) ada banyak info dari baby baru lahir sampai 4 tahun..jom bli!

Ok la..nak makan nasi sementara ulya tido..asyik tido je..hihi..assalamualaikum:-)







Happy fathers day!:-)

Assalamualaikum..


Sementara line tenet ada,sementara baby tengah syok tido,dila kat sini nak ambik kesempatan nak ucapkan happy fathers day kepada semua bapa2 diluar sana:-)


But the most important is....hepi fathers day to my beloved husband and a father to 'ulya..semoga abang menjadi suami dan ayah yang soleh,yang sentiasa mendidik dan menjaga kami supaya menjadi orang solehah supaya kita leh masuk syurga sama2:') terima kasih bekerja keras untuk mencari sesuap nasi untuk kami..

Pengalaman mengandung:-)

Assalamualaikum..

Sejak ada anak sendiri ni,waktu tido pun xtentu..time dia tido awal pada waktu malam,xsemestinya kita pun tido awal gak..xngantuk biar dulu..tapi bila dia bangun nak susu waktu tengah malam,kita pulak baru nak tido ngantuk xleh buka mata..hehe.xpela..demi anak tersayang kan..dan kat dini dila nak mohon maaf sebab lama xjenguk balik blog kawan blog yang jenguk blok ni sebab memang sangat busy bila ada anak kecil ni..ni pun on9 guna henpon je.line kat kampung lak kejap ada kejap xde..sorry!

Berbalik pada apa nak cite sebenarnya..dila just nak share pengalaman mengandung dila..and pengalaman ni dila nak simpan kat sini senang esok2 nak tunjuk kat anak bila dah besar..wah!lambat lagi tu!:-)

For u my baby 'ulya..

Sebelum mama dapat tahu mama pregnant 1 month,mama xrasa pape pun..just usaha doa dan tawakkal pada Allah..sebab dah genap setahun bulan tu mama n papa kawin..tapi xputus asa..doa doa dan doa..dan bulan tu jugak mama sambut anniversary mama n papa yang pertama..dan masa tu hari raya haji:-) bila balik rumah nilai dan sambung belajar beberapa minggu,mama rasa xlarat nak wat keje..pemalas..tapi still rasa biasa je..cuma kawan cakap mama pucat..tapi aktif lagi g kelas..your papa??

Papa sangat kesian..dia naik biji2 gatal besar macam chicken pop but bukan doktor kata..doktor pun xtahu ape..sampai bernanah n gatal..tapi naik bahagian tangan je..penuh 2 tangan sampai papa malu nak keluar pakai baju tshirt..mama pun xtahu nak watpe..lepas cukup sebulan bulan 9 mama cek pregnancy test lepas lewat 4 hari..baru 4 hari mama dah excited nak cek walaupun ragu sebab sebelum ni pun banyak kali lewat..papa la excited nak tahu..dan lepas cek mama blur n tunjuk kat papa..ape lagi.petang tu jugak jumpa doktor..

Dan Alhamdulillah mama disahkan hamil 5 minggu..suka bukan kemain sebab setahun tunggu..papa happy sangat2 sampai tersengih2 dan kiss dahi mama tanda happy..xkira dah depan orang ke x..and papa senyum dari petang sampai tido malam tuh..mama tengok pun lucu..tido tersengih.haha


Thank you Allah sebab hadiahkan 1 nyawa dalam perutku..hadiah anniversary dan birthday mama bulan tu..dan baru mama tahu papa alahan biji gatal tu sebab mama pregnant 'ulya..sebab lepas tahu mama pregnant gatal dah hilang dan surut..beberapa lepas tu mama pulak yang naik gatal2 tapi kecik2 je macam campak..kat tangan n perut..gatal sangat sampai xleh tido tapi mama tahan xgaru..papa la yang sapukan ubat..papa yang dengar mama merengek gatal tangan n perut..sabar2..

Masuk 2 bulan mama gitahu kawan2 satu kelas pasal pregnant ni dan diorang hepi xsabar nak tengok baby..still ada 7 bulan..mama pun xsabar..dan mama loya gitu2 je masa bangun tido tapi xmuntah..boleh g kelas siap gelak2 ngan kawan..naik motor sepanjang masa lak tu sebab xde orang nak hantar jadi mama kena g ngan kawan..papa kena g keje pagi2 kt kl..kadang2 je hantar mama..pastu mama siap lari2 nak kejar punch card kalu lewat datang ngan papa masa 2 bulan ni..selalu lupa tengah mengandung..sebelum lari tu dah naik 3 tingkat nak g kuliah..nasib baby n mama kuat xde pape..huhu..pastu makan boleh tapi kuantiti sikit..dan mama tahan bau tumis bawang orang masak semata2 nak makan untuk baby..tapi mama xmasak kat rumah sebab xleh bau bawang tumis tu la..papa faham n papa sabar je ajak mama makan kat luar tiap2 hari! Sampai la 4 bulan mama xmasak..sian papa tapi dia sabar..


After 4 bulan baru mama rasa mama dah start rajin nak masuk dapur,kemas rumah sebab sebelum ni mama memang pemalas..g kelas pun malas nak iron baju,pakai bedak x..kemas rumah lagi la..sebab tu mama rasa baby boy..dah nak dekat 6 bulan mama rasa baby girl..hihi


Tapi baby..mama sangat penat bila kelas dari pagi sampai la malam xhenti2..sampai makan malam pun lambat tunggu habis kelas kul10 malam..papa ambik n g makan ngn mama..tapi penat mama makan sikit je untuk alas perut..muntah xpun..balik2 tido dalam kepenatan dan rumah bersepah..papa penat keje mama penat belajar..hujung minggu mama xrehat jugak banyak assigment kena wat n mama ulang alik g asrama kawan naik tangga tingkat 5..still larat dan bertenaga..mama siap bawak baby masuk dewan lagi tau nak g exam..hehe


Anak mama 'ulya..

Baby macam tahu je mama kena belajar jadi baby xbanyak susahkan mama..mama xmuntah macam orang lain,mama still bertenaga ke sana ke sini xhenti2..setiap masa mama berjalan ngan papa g jalan2 cuci mata kat supermarket..xsah kalu xkeluar..memang kaki jalan waktu hamilkan baby..barang baby mama still xbeli sebab xtahu jantina sampai la 8 bulan..scan asyik xnampak sebab baby xtunjuk malu:-) xpe2..last2 9 bulan baby tunjuk gak sikit kat doktor..dan dia kata girl..mama ngan papa xkisah asal baby sihAt..dan mama tiap2 bulan g checkup kat klinik sorang2 sebab papa xdapat hantar..mama xmarah sebab papa kena keje kuat demi tanggung kita dua..banyak duit kena pakai..balik sorang2 ngan teksi ok je sebab mama dapat kenal 3 orang pakcik teksi yang sangat baik..nak minta tolong lepas ni boleh je..

Sayang 'ulya..

Mama xde pengalaman pahit pun masa hamil sebab baby ok,mama ok xde alahan..papa jela yang kesian sebab dia lak alahan muntah2 demam.dalam masa sebulan 2 3 hari jugak papa camtu..kesian tapi nak wat camna..tapi yang pasti mama ada jugak mengidam..mama suka sangat makan roti..tiap2 hari makan roti..pizza pun sama..mama suka jugak makan nasi arab kat cyberjaya dan makan buah oren..tapi mama xsuka makan ubat sebab xsuka telan ubat sampai la baby lahir..nasib mama kuat..


Setakat ni je 'ulya sayang mama nak cite..terlalu panjang la pulak..huhu..yang pasti mama rindu nak rasa baby tendang2 dalam perut lagi..hehe..mama harap anak mama n papa ni jadi anak yang solehah penyejuk hati mama n papa..amin:-) nanti mama cite pengalaman bersalin lak:-)






My baby!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dila dah selamat melahirkan seorang mujahidah pada 21/5/2013 jam 12.50 tengahari..berat 2.75 kg..syukur sangat2..hilang rasa sakit time tengok baby..dan pengalaman bersalin tu xkan dilupakan sama sekali..hihi.. nama baby?? Nur 'Aisyah Al-'Ulya Binti Aizul Aiman:-)


Tapi dah xboleh update blog selalu dah..so busy layan budak comel ni..dah montel dah pipi asyik nak susu..dan dila baru pantang 16hari..rasa lamanya nak tunggu 40 hari paling sikit..huhu..

Xboleh nak cite banyak..time baby tido ni baik mama dia pun tido..hihi..ok bye!assalamualaikum;-)









Kat kampung:-)

Assalamualaikum..

Sekarang dila dah kat kampung..cuti kat sini sambil tunggu masa je nak bersalin..hubby pulak jauhnya duk kl keje..rindu..tapi apa boleh buat..demi cari sesuap nasi untuk isteri dan anak nanti..kena la sabar..xpela..kasih sayang bertambah cinta jarak jauh ni walaupun hatiiii?sangat rinduu..huuu

Ok la..line ciput..doakan dila selamat melahirkan nanti dan semoga semuanya berjalan lancar..amin:-)

Daging bakar 3 rasa:-)

Assalamualaikum...

Ok..resepi hari ni resepi ciptaan dila sendiri tau..saja main campak2 bahan yang ada..dan rasanya?sangat sedap!kembang hidung sebentar bila suami puji..kihkihkih ;-)

Bahan2 :

1) bahan blend iaitu serai,bawang putih,bawang besar,halia,lada 2 biji dan jintan manis..

2) daging diperap dengan bahan blend tadi,sedikit kicap,sos tiram,sos tomato,sos cili,gula dan garam..gula lebih sikit sebab daging ni makin manis makin sedap bagi dila..dan perah sedikit limau nipis..perap setengah jam atau makin lama makin sedap:-)

3) dah perap tu bakar ler ye..dila bakar dalam pemanggang ajaib je..dalam 30 minit nak suruh benar2 masak..maklum ler dila xboleh makan yang xberapa masak..bahaya untuk baby ye..hee..angkat dan makan la puas2!:-)

Selamat mencuba! :-)



Daging betawi ;-)

Assalamualaikum..

Hari ni just nak share resepi daging betawi lunch dila semalam..semalam punya resepi baru nak post hari ni..aiyoo! Hehe..daging ni sedap tau dibuat masakan betawi..xtahu la resepi ni asal dari indon ke ape..dila belajar ngan kak dila yang mana dia belajar dari mertua dia yang duk perak..resepi turun temurun..hee :-) jom tengok! Dila tulis ringkas je ye..


Bahan2 :

1) hiris daging kecil2 dan perap bersama 1 sudu kecil cuka/perahan limau nipis, 1 sudu gula, dan sedikit kicap..kicap dila guna kicap manis..banyak mana?ikut suka hati..asal daging tu tenggelam..agak2 je ye..perap setengah jam..

2) blend 2 biji bawang merah, 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 inci lengkuas dan sedikit cili kering..dalam 7 tangkai ke..terpulang nak pedas mana

3) tumis bahan blend tadi hingga garing, masukkan daging perap tadi..gula dan garam..biar daging empuk ye..kalau nak kuah sikit tambah air sikit..rasa dan siap:-)

Senangkan?cuba la:-) hari ni daging ada lebih lagi..nak masak bakar..nanti malam ni pulak update:-)



Kenduri lagiii..:-)

Assalamualaikum..

Lama rasanya xupdate..sebab xde idea dah dan fikiran tengah takut..takut bila fikir due date dah xlama..nervous gitu..ada sebulan je lagi kalu nak ikut due..tapi ramai yang awal 2 minggu kan dari due so lagi tinggal 3 minggu..waa!!sangat nervous!hee..tapi tetap pujuk hati dan selalu cakap xpe2..orang lain boleh,xkan aku xleh..insyaAllah..kan3? Doakan tau:-) dan insyaAllah khamis ni nak balik berpantang dan rehat kat kampung dah..kelantan..ish!mesti sakit pinggang tuh duk dalam keta 8 jam..huu..sabar2..

Ouh ya!bulan 3 dan bulan 4 ni ramai betul orang wat kenduri kan..tambah2 cuti sekolah bulan 3 hari tu..ramai kawan dila kawin..tapi banyak xdapat g sebab diorang wat kat kelantan..dila lak duk nilai..erm..xde rezeki tengok diorang..tengok gambar jela:-) tapi baru2 ni dan dalam bulan 4 ni jugak dila ada attended 3 kenduri kawin..kat kl,seremban dan kuala kubu baru..jauh jugak tu sebab ada dalam sejam lebih jugak nak sampai..fuh!berpeluh2 sampai kenduri..nak2 musim panas sekarang =_=


Dan kat bawah ni antara gambar sekitar majlis kenduri yang dila g..sorang kenduri kawan suami yang sekelas ngan dia masa diploma..pakai baju pink..dan sorang lagi kenduri kawan baik dila dari diploma lagi..pakai baju biru..jom layan gambar yang xseberapa ni:-) letak sikit2 sudah..sebab ni je pun gambar yang diambil..betul2 malas..hehe

P/s : kepada kawan baik dila,khairul adilah, selamat pengantin baru..semoga bahagia hingga ke syurga..:-)