Friday, 10 February 2012

~ Exclusive Giveaway by Niena Sofea ~





dila on blog ni terus dapat komen dari kak nadiah..dia tag dila untuk join segmen ni...thanks ye(^_^)
jom join gak! lebih 50 hadiah akan dapat...nak tahu?klik banner tu ok...adios!(^_*)


kawan-kawan yang bertuah di tag ni dia :


Salam Sayang...

Thursday, 9 February 2012

~ waaa!!kita teringin nak balik...huhu ~




huuu...hari ni tiba-tiba rasa nak balik...sebab pe?sebab pagi tadi ada mesej akak dila...dia dah nak kahwin dah...bulan 3 ni...15/3....dah nak dekat kan?huhu....

bila dia duk bercerita dia tempah tu, tempah ni, rasa nak balik tengok je...yela..lepas ni dah takde adik beradik yang kahwin masa terdekat dah..yang tinggal pun sorang je lagi..adik yang umur 20 tu...dia kata nak kahwin lambat lagi..so,lambat lagi la tu...nak tengok yang 1 bulan lagi ni...huu.......

dah ler sejak dua tiga hari ni asyik duk mimpi je family..rindu sangat ler tu cik abang kata...ate,memang rindu ler! teman nak buet camane...hehe...kalau la harga tiket tu seposen, balik kojap pun jadi ler...tapi mahal...pasrah jela...cuti pun dah takde...so tengok gambor pun jadi ler...(ayat terlebih pasrah tu)..(^_~)

kalau camtu,dila bagi jela hadiah kat dia kan..tak dapat balik pun dapat pos hadiah pun xpe..tapi nak bagi ape ek??album?konfom ramai bagi kalau kenduri kahwin ni...periuk belanga?amboi!harga pos tu akan sama mahal ngan harga tiket...huhu...baju?kat sini baju tak cantik2...ape yang ada kat sini ye...erm..korang ada idea tak?kalau ada jangan segan2 gitahu ek..kongsi ler...(^_*)


P/S : tak kira,usaha gak cari tiket murah..kot2 ada ler yang murah2 tu...hehe

Salam Sayang...

Tuesday, 7 February 2012

~ beRsyuKur la Kita DijaDikaN seBagAi seOrang WaNita ~





bersyukur la kita dijadikan sebagai seorang wanita...kenapa??jom baca! (^_*)


Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat? Jawab mereka,“Tidak”.
Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”
Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
“Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Ya Allah...sangat2 besar nikmat dan anugerah yang Allah berikan untuk kaum hawa kan....tu tak termasuk kelebihan wanita apabila mengandung...lagi la besar nikmatnya...cuma it depends kat seseorang wanita tu je solehah ke tidak...rugi jika kita abaikan je nikmat2 dan kelebihan yang Allah berikan tu...sangat2 rugi....

P/S : doakan dila ek moga2 dapat jadi isteri yang solehah,taat pada suami..dan paling dila harapkan sangat cepat2 dapat baby....nak sangat2 kelebihan orang yang mengandung...huhu....tq(^_^)

Salam Sayang,

Sunday, 5 February 2012

~ Ajlun dan Ummu Qaisy ~




ok..turn cerita mengenai Ajlun dan Aqabah pulak ye...


Ajlun merupakan sebuah negeri yang terletak di utara negara Jordan..negeri ini bersempadan dengan negeri irbid dan jerash..ajlun terdapat sebuah kota pertahanan yang kekal kukuh dikenali dengan Qala'ah ar-Rabad...terletak di sebuah puncak bukit, 5km dari pusat bandar Ajlun...

~ bersama-sama dengan pelajar2 yang turut sertai jaulah ini ~

Manakala Ummu Qaisy pula dikenali sebagai Gadara merupakan Decapolis (salah 1 daripada himpunan 10 buah kota dan himpunan kota ini adalah bebas walaupun di bawah pemerintahan Roman)
~ tempat teater mereka dahulu ~


kedudukan Ummu Qaisy strategik kerana terletak di hujung Jordan yang dikelilingi Sungai Yarmouk di utara, hutan berbukit Ajlun di selatannya, dataran tinggi Irbid di timur dan lembah Jordan yang subur di baratnya...

Ummu Qaisy telah terjejas kesan daripada gempa bumi yang kuat pada masa dahulu..walaubagaimanapun, kesan tinggalannya masih mampu memberi pengajaran dan memaparkan kehebatan umat pada zaman dahulu yang mampu membina kota yang terbina dengan gahnya...
~ banyak iktibar yang kita dapat ambil di mana sehebat manapun kaum itu atau sekukuh manapun binaannya Allah hanya menghantar gegaran yang sedikit sahaja sudah mampu menggoyahkan kekukuhan binaannya yang diagung-agungkan dan melunturkan keegoan mereka~


Salam Sayang...