~ Ajlun dan Ummu Qaisy ~




ok..turn cerita mengenai Ajlun dan Aqabah pulak ye...


Ajlun merupakan sebuah negeri yang terletak di utara negara Jordan..negeri ini bersempadan dengan negeri irbid dan jerash..ajlun terdapat sebuah kota pertahanan yang kekal kukuh dikenali dengan Qala'ah ar-Rabad...terletak di sebuah puncak bukit, 5km dari pusat bandar Ajlun...

~ bersama-sama dengan pelajar2 yang turut sertai jaulah ini ~

Manakala Ummu Qaisy pula dikenali sebagai Gadara merupakan Decapolis (salah 1 daripada himpunan 10 buah kota dan himpunan kota ini adalah bebas walaupun di bawah pemerintahan Roman)
~ tempat teater mereka dahulu ~


kedudukan Ummu Qaisy strategik kerana terletak di hujung Jordan yang dikelilingi Sungai Yarmouk di utara, hutan berbukit Ajlun di selatannya, dataran tinggi Irbid di timur dan lembah Jordan yang subur di baratnya...

Ummu Qaisy telah terjejas kesan daripada gempa bumi yang kuat pada masa dahulu..walaubagaimanapun, kesan tinggalannya masih mampu memberi pengajaran dan memaparkan kehebatan umat pada zaman dahulu yang mampu membina kota yang terbina dengan gahnya...
~ banyak iktibar yang kita dapat ambil di mana sehebat manapun kaum itu atau sekukuh manapun binaannya Allah hanya menghantar gegaran yang sedikit sahaja sudah mampu menggoyahkan kekukuhan binaannya yang diagung-agungkan dan melunturkan keegoan mereka~


Salam Sayang...

2 comments:

  1. mesti seronak dpt melawat tempat2 lain..

    ReplyDelete
  2. untung nyer..sronok mengenal tmpt bru.. :)

    ReplyDelete

~ dAh hAbis bAca daH??tiNggaLkaN koMen ye...TQ;)