Monday 30 July 2012

~Cantik!;)

Assalamualaikum...;)





Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKANKERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!

-Sumber fb-

lepas ni jangan kita kata kita tak cantik tau..sebab semua orang cantik..cantik tu subjektif..dan jangan risau...jodoh kita akan nampak kita cantik...peduli ape orang cakap...cantik dimata Allah lebih penting!;)

17 comments:

  1. wahh.. nk jadi wanita cantik jugak la.. jom jadi cantik! :)

    ReplyDelete
  2. tq share dila...

    bila suami sendiri puji,..isterinya cantik...hihiih

    ReplyDelete
  3. Thks 4 sharin. Semua ciptaan Allah itu cantik, lbh2 lg manusia krn manusia adalh ciptaan Allah yg paling sempurna

    ReplyDelete
  4. tengah cuba jadi cantik.. heee~~

    ReplyDelete
  5. untuk lelaki pn boleh kn ? :)

    ReplyDelete
  6. insya-Allah... samalah kita berusaha menjadi wanita yg cantik :)

    ReplyDelete
  7. betul tu....sangat sokong cantik itu subjektif, kita kena berusaha cantik di mata Allah.. :)

    ReplyDelete
  8. setuju~ biar cantik d mata Allah :)

    ReplyDelete
  9. betol 2..cantik 2 subjektif. x perlu rasa rendah diri tp bersyukur dgn apa yg ada :) sorg perempuan sgup sembunyikn segala mslh yg dia ada spya org sekelilingnya sentiasa ceria dan bahagia ^_^

    ReplyDelete
  10. betul tu sis..cantik tu sangat subjektif..tapi bagi saya semua wanita pun cantik..semoga kita semua menjadi wanita solehah :)

    ReplyDelete
  11. Hati cantek, dalaman cantek, InsyaAllah, luaran pon akan cantek... yeahhh...

    ReplyDelete
  12. Orang kate, bukan saya kate la... orang la kate...
    kalunak muka tu lagi cantek, kena selalu amek air semayang... bukannye dengan cucuk sana, cucuk sini... tak payah pakai produk aper2 pon... membazir jer... ahakz... peace...

    ReplyDelete
  13. betul tu. cantik dihadapanNYA adalah cantik yang sebenarnya. teringin tuk jadi wanita secantik ini. :( insyaAllah suatu hari nanti kita akan secantik wanita ni. amin

    ReplyDelete
  14. cantik luar dalam out pun tak leh gak kan.. so time diri kite seadanye aje r.. tapi sifat2 macam kat atas ni selalu nampak kat drama je.. kat realiti macam tak selalu sangat jumpe.. kalau jumpe memang bertuah! =)

    ReplyDelete
  15. dila pun cantik. kalau cantik dalam, akan nmpk cntik di luar nya kan. ;)

    ReplyDelete

~ dAh hAbis bAca daH??tiNggaLkaN koMen ye...TQ;)