Monday, 9 January 2012

~ purdah...nAk pakAi ke Tak nAk?! ~





Hari ni pagi-pagi lagi dila makan nasi lemak dengan cik abang...sambil teman dia makan sebelum pergi jamiah jawab peksa...semoga abang leh jawab dengan baik ye...dan sambil-sambil makan tu dila ada terbaca sebuah entry dekat blog ni...nak baca jugak??huhu...ok...klik KAT SINI ye...;)

Artikel dia sangat-sangat menarik....hati-hati berpurdah,jangan menyorok tetapi terdedah!huhu...baca la..best sangat2....betul jugak dia cakap tu...dan bila dila baca..dila teringat kawan-kawan dila kat sini dan kat malaysia yang memakai purdah...dan dila teringat keinginan dila nak berpurdah hari tu,tapi terbantut dan tengah cari penyelesaian soalan-soalan yang bermain dalam fikiran dila ni...


bab niqah atau purdah la kan...sorry tu say...tapi dila pelik dengan keadaan pelajar kat sini...sorry bagi siapa-siapa yang terasa...bukan nak tuju kat siapa-siapa..just nak tanya je kenapa.....

erm...dila dari dulu nak pakai purdah,tapi still tak ade kepercayaan diri dan dila rasa tak cukup kuat lagi untuk menunaikan hasrat tersebut...ade kalenye hasrat tersebut hilang...tapi adakalanya tengok orang pakai purdah niat tu kembali dalam fikiran ni..tapi dila kena yakinkan diri..kalu betul-betul dila nak pakai, dila kena betul-betul istiqamah dan pasang niat kerana Allah...bukan sebagai trend atau ikut kawan...dan bila dila tanya suami,dia ok je..dia kata kalau nak pakai kat sini,kena pakai juga kat malaysia...istiqamah betul-betul...jangan kadang-kadang pakai,kadang tak...haa...tu yang menjadi tanda tanya dila sampai sekarang...iaitu...


buka purdah,pakai purdah!


bagi kawan-kawan dila yang pakai purdah kat sini dan bila balik malaysia still lagi pakai purdah,dila tabik dan respect korang sangat-sangat sebab korang berjaya istiqamah betul-betul..walau apa pun cabaran kat sana korang still tak buka purdah...dila suka sangat korang camtu...tapi ramai yang tutup,pastu bukak!kenapa ye?huhu...kalau sesetengah pelajar malaysia,macam pelajar usim,memang dekat usim tak dibenarkan pakai purdah...so pelajar sana tak pakai masa belajar tapi pakai masa luar belajar...itu boleh diterima sebab atas sebab-sebab tertentu...tapi kat sini bila pelajar balik malaysia,diorang tak pakai pun purdah macam kat sini walaupun tak belajar atau pergi mana-mana...

ada je kawan-kawan dila suruh dila pakai purdah kat sini...tapi dila cakap leklok,bagi dila masa...jangan paksa-paksa atau perli dila ye...dan kalau dila pakai,dila akan pakai selamanya...bukan main-main buang...bila dila tanya balik kenapa diorang pakai kat sini..diorang kata kat sini ramai je orang arab pakai purdah..dah jadi kebiasaan..dan pakai untuk elak fitnah...ye..memag banyak fitnah sekarang...tapi kawan-kawan sayang eh..fitnah tu kat mana-mana ada...kat malaysia lagi banyak fitnah sayang eh...dengan macam-macam kes ada..tambah-tambah lelaki kat sana lagi gatal dari lelaki kat sini...dan pasal gambar,kenapa ada gambar yang ditunjuk kat facebook gambar pakai purdah dan gambar tak pakai purdah?dekat pulak tu...kenapa??nak suruh orang tahu ke tu muka awak tak pakai purdah??itu yang menjadi tanda tanya lelaki yang cakap kat saya...dan yang makin PELIK....kenapa sesetengah lelaki je boleh ditunjuk muka dan tak perlu pakai purdah?? ok..kebanyakan maksud fitnah yang dila baca la kan....


fitnah yg dimaksudkan adalah boleh mnimbulkan perasaan terhadap lelaki yg memandang,mencetus rasa yang didorong oleh syahwat dan bisikan syaitan.meskipun wajah bukan aurat,tetapi daya tarikan pada wajah terutama bagi wanita cantik sgt2 berpotensi menimbulkan fitnah pada kaum adam.justeru,menutupnya adalah digalakkan...


Itu la maksud fitnah yang dila baca...ok...bila sesetengah kawan dila tu buka purdah kejap,dan bila lelaki melintasi dia,dia cepat-cepat tutup purdah balik...tu dila hormat dia..bagus la..still tak tunjuk muka...tapi bila ada tu yang tak pakai purdah masa lelaki lalu,dila tanya,..kenapa yang ini buka purdah pulak??dia cakap suami orang takpe...adoooiii sayang eh...suami orang kita tak tahu dia tengok kita dengan syahwat ke tak macam maksud fitnah kat atas tu....kalau muka kita cantik,lelaki suami orang atau datuk orang pun kadang-kadang hati dia boleh tergugat....dan kita kena ingat,lelaki boleh kahwin 4!! fitnah tu ada kat mana-mana je...suami orang tu boleh kahwin lagi tau...huhu....tu yang dila pelik.....bukan tak nak sokong orang yang pakai,dila sokong sangat-sangat...tapi bagi yang betul-betul pakai...bukan main pilih orang ni boleh buka ke tak..kat sini boleh buka ke tak..kecuali tempat-tempat yang memang tak boleh....dan bacalah dari blog yang dila baca tu....semoga kita dapat petunjuk dari Allah dan doakan dila terbuka hidayah dan istiqamah betul-betul..insyaAllah...


Salam Sayang...

2 comments:

  1. u cn do it~~..prctic dan istiqamah..insyaAllah..bnda n niat baikk..Allah permudhkn..:)

    ReplyDelete

~ dAh hAbis bAca daH??tiNggaLkaN koMen ye...TQ;)