~Kad diskaun siswa 1 malaysia~

Assalamualaikum...



Beberapa hari yang lalu,saya terbaca berita mengenai kad diskaun siswa 1malaysia ni..Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang berobjektif membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini mengurangkan kos sara hidup, dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin.

KDS1M menawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus bagi pembelian di 31 syarikat dan 14 koperasi yang menyertai program itu setakat ini. Antara sektor perniagaan yang terlibat ialah buku, alat tulis, pakaian, makanan dan minuman, produk IT, penginapan dan kesihatan.

Kad ni akan mula diedarkan kepada pelajar bulan september nanti..xyah nak apply pun,nanti pihak universiti bagi ye...tapi diedarkan dulu untuk student tahun akhir,diikuti student tahun lain..syok kan?? Lepas ni leh jimat duit..hihi..tempoh kad ni sehingga kita tamat belajar..

Syarikat dan Koperasi yang menawar Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) .

Kedai Buku :

MPH Bookstores

Imlaq Book Centre

Borders (hanya di KL)

Rona

Kiang Trading

Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad

Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad

Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

*Kiang Trading – Diskaun 10% pada semua produk, kecuali pada item promosi, fotostat dan binding.

Pakaian :

Bata

Ifamily

Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad

Texline Lino

*Bata – Discount 10%

*Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad – Diskaun 10% hingga 45% bagi produk terpilih

Syarat :

1. Pakaian Batik

- 30% (Kemeja cotton VIP putih/warna)

- 15% (Kemeja crepe/satin lengan panjang)

- 10% (Kain pasang sutera crepe/ jacquard)

- 30% (Kain pasang cotton/fuji)

- 25% (Kaftan)

2. Songket

- 45% (Songket sutera Terengganu berpokok)

- 45% (Songket sutera Terengganu berpagar)

3. Samping

- 20% (Corak istana)

- 20% (Corak bunga abor)

Kesihatan :

Poliklinik An-Nisa’

Qualitas Health

Focus Point

Menara Optometry


Makanan dan Minuman :

KFC

Daily Fresh

A&W

Coffee Berry

The Chicken Rice Shop

Restoran Kenny Crab

Sweet Chat

Legend’s Claypot Briyani House

Dubu Dubu Seoul Food

My Java Coffee

Pancake House International

Station One Product

Gloria Jean’s Coffees

Bangi Kopitiam

KFC – Diskaun 5%

Syarat

1. Untuk setiap transaksi kecuali produk yang menunjukkan diskaun.

2. Transaksi tidak melebihi RM20.00.

A&W – Diskaun 50% diskaun ke atas mana-mana pembelian minuman Rootbeer, tidak termasuk botol 2 liter

Penginapan :

Ancasa Hotels & Resorts

Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson

Jerejak Rainforest Resort Penang

Ancasa Express Pudu

Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd

Leo Express Hotel

Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad

Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad

Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad

Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad

Rakyat Travel Sdn. Bhd.

Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd – Diskaun 25% bagi harga bilik sahaja

Salun / Pusat /Produk Kecantikan :

Foot Master

Paris Hill

Proactiv

Clara

Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad

*Foot Master – Pusat Rawatan Kulit Kaki – Diskaun 30%

*Proactiv – Diskaun 5%

Syarat

1. Sah digunakan di butik Proactiv di Publika, Solaris Dutamas dan Galaxy Ampang sahaja

2. Tidak sah bagi tawaran atau promosi lain

3. Tidak sah semasa event/ roadshow

4. Diskaun:-

- Set asas Proactiv RM 199.90 – diskaun 5%

- Set asas Proactiv RM 199.90 dan single item – jumlah keseluruhan diskaun 5%

- Semua single item – diskaun 5%

Produk IT

Koperasi Celcom Berhad

Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad

Koperasi Celcom Berhad – Diskaun 2% hingga 5% bagi produk dan perkhidmatan terpilih

Syarat

Rangkaian telefon mudah alih jenama NOKIA -2% bagi setiap pembelian

KOPCEL Shoppe – 5% bagi ‘Non PLU product’ iaitu snek makanan ringan seperti jagung kukus, minuman mineral water dan makanan bergoreng

Rangkaian produk KOPCEL Best – 5% bagi setiap unit pembelian kecuali dalam jangka masa promosi

Lain-lain :

Bkz Bikerz

Roller Star Arena

Double Site

Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad

Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad

Mydin

Bkz Bikerz – Diskaun RM100 bagi motosikal terpakai dan RM200 diskaun bagi pembelian motorsikal baru model BKZ

Diskaun 10% – 20% pada harga aksesori motorsikal

Sewa Motorsikal dari RM80.00 sebulan

Percuma caj upah pekerja bagi safety checking...


wah! Banyak kan?? Ni syok ni..bulan 9 saya sambung belajar..ada 3 years to go..lamanye! Huu..tapi xpe..kalu ada kemudahan camni jimat sikit duit..kfc,mydin,focus point,mph bookstore,chicken rice shop,poliklinik al-nisa' menjadi sasaran saya nanti! Hihi...yang lain,xpernah pergi pun =_=

ok la..sorry kalau entry ni memeningkan sebab panjang..tuan sendiri tengok pun pening nak muntah... -_-||

Salam sayang,
Kul4 :03 pagi,
Mu'tah jordan...
Subuh laaaa! ;)

Senarai syarikat dan produk adalah dari laman web www.1pengguna.com

11 comments:

  1. 3 tahun lagi...eloklah selagi boleh belajarlah..mama tak ada peluang tu...mg dila lebih berjaya nnt.......amin

    ReplyDelete
  2. ahah kna sambung...:) tq mama mia..amin:)

    ReplyDelete
  3. wah best la ada kad tu boleh dpt less hihihi

    ReplyDelete
  4. Seronoknya, Ee lambat lagi nak jadi siswi =D hehe.

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/le-complain-day.html

    ReplyDelete
  5. Valid smpai bile je kad tu sis ?
    lahai asal bulan 9 . lame nak tunggu . haha
    tp bgus laa ptengahan sem time tuu boleh jimat2 cket :P

    ReplyDelete
  6. wow..kalau betul bende nie diwujudkan baguslah.. hepy..

    ReplyDelete
  7. waa , banyaaakk giler buleh buat ngn kad tu . nak gak satu !

    ReplyDelete
  8. sy xsempat nak pakai... uhuk2..

    kfc pun ada juga..

    dila sambung mana ni???

    ReplyDelete
  9. perghhh ini betei-betei ke ? ok gak ni

    ReplyDelete
  10. baru tahu ni.. waaa... best2..

    ReplyDelete
  11. Wah...ida bru tau ni...besh2..bole lah rasa lg sbb msh student..hehe

    ReplyDelete

~ dAh hAbis bAca daH??tiNggaLkaN koMen ye...TQ;)