Thursday 14 June 2012

~doakan mereka aman dan selamat:( ~

Assalamualaikum...

Dila nak share sesuatu dari fb..mesti korang tahu kan selain di syria dilanda peperangan dan kekejaman,sekarang benda tu juga terjadi di myanmar..sangat sedih melihat mereka diperlakukan kejam tanpa belas kasihan...kat bawah ni copy from fb...




Disamping kita mengingati dan membantu rakyat Syria yang ditindas sekarang, jangan lupa juga kepada saudara kita di Myanmar. Terbaru, mereka juga ditindas dan dibunuh oleh puak Buddha dan juga pemerintah kerana umat Islam Rohingya merupakan minoriti di sana.

Oleh yang demikian, admin menerima maklumat bahawa pihak NGO MAPIM akan mengetuai penyerahan Memorandum Badan Bertindak Rakyat Malaysia Selamatkan Umat Islam Rohingya di kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 15 hb Jun 2012 selepas solat Jumaat (esok). Acara akan bermula dengan perarakan dari Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur.

MAPIM juga akan bersama komuniti Rohingya di Malaysia untuk mengadakan majlis Solat Hajat di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 17 hb Jun 2012 selepas solat zohor. Semua masyarakat Islam dijemput untuk solat zohor di Masjid Negara pada hari itu .

Penderitaan etnik Rohingya yang diiktiraf oleh PBB sebagai antara etnik yang paling tertindas di dunia amat memerlukan sokongan dan pembelaan dari seluruh umat Islam di seluruh dunia .

Sesungguhnya muslim itu bersaudara, ayuh nyatakan solidariti kita kepada mereka semua. Disamping kita doakan kejayaan rakyat Syria, jangan lupakan juga mereka di dalam doa kita semua.

Jom sama2 doakan mereka

4 comments:

  1. AMIN....kita patut bersyukur negara kita masih aman dan dijauhkan bala dari Allah SWT

    ReplyDelete
  2. kesian kat mereka...hidup dlm sengsara...nasib negara kita masih aman...insyaallah doakan yg terbaik buat mereka kat sana

    ReplyDelete
  3. as-salam,
    umat Islam dibunuh dengan kejam. :( Al-Fatihah.. semoga mereka kuat menghadapi saat ini

    *insyaAllah kak, xda aral 30hb nanti keluarga muncit datang rumah syieda. heee

    ReplyDelete
  4. adoi.. semoga semua selamay kan..

    Allah lindungilah semua umat Islam.. =)

    ReplyDelete

~ dAh hAbis bAca daH??tiNggaLkaN koMen ye...TQ;)