Wednesday 23 November 2011

~ tips untuk hati sentiasa bahagia ~

Assalamualaikum....nak tahu camne nak bahagiakan hati kita?yg sedih2..udah2 la sedih..huhu..yg tgh bahagia,bahagiakan lagi hatimu...(hati saya??erm..kdg2 bahagia,kdg2 sdih..biasalah,hati perempuan mudah tersentuh..huhu)

Apakah anda akan berbahagia jika mempunyai rumah yang indah, kereta mewah, rezeki yg melimpah, dan pasangan hidup dan anak-anak yang tampan dan cantik? Mungkin anda akan mengatakan ”ya.” Tapi, percayalah itu tidak akan berlangsung lama....

Kebahagiaan yang hakiki terletak di dalam diri anda sendiri. Inti kebahagiaan ada pada fikiran anda. Ubahlah cara anda berfikir dan anda akan segera mendapatkan kebahagiaan dan ketenteraman batin.

Kunci pertama kebahagiaan adalah rela memaafkan. Cuba kita renungkan kata Subhanallah. Tuhanlah yang Maha Suci, sementara manusia adalah tempat kesalahan dan kealpaan. Kesempurnaan manusia iaitu terletak pada ketidaksempurnaannya. Dengan memahami konsep ini, hati anda akan selalu terbuka untuk memaafkan orang lain.



xsusah pun nak maafkan orang....hati kita akan terasa lebih tenang n jauh dari sifat marah bila kita dah maafkan orang...Allah pun menerima taubat hambanya...Rasulullah sering memaafkan orang yang menganiyainya...apatah lagi kita hamba Allah yg kerdil lg tidak sempurna....

Kunci kedua adalah bersyukur. Jom kita renungkan pula kata Alhamdulillah. Orang yang bahagia adalah orang yang sentiasa mengucapkan Alhamdulillah dalam situasi apapun.



Ini seperti cerita seorang petani miskin yang kehilangan kuda satu-satunya. Orang-orang di desanya amat prihatin terhadap kejadian itu, namun ia hanya mengatakan, Alhamdulillah.
Seminggu kemudian kuda tersebut kembali ke rumahnya sambil membawa serombongan kuda liar. Petani itu mendadak menjadi orang kaya. Orang-orang di desanya berduyun-duyun mengucapkan selamat kepadanya, namun ia hanya berkata, Alhamdulillah...
Apa yang kelihatannya baik, belum tentu baik. Sebaliknya, apa yang kelihatan buruk belum tentu buruk. Orang yang bersyukur tidak terganggu dengan apa yang ada di luar kerana ia selalu menerima apa saja yang ia hadapi.

Kunci ketiga kebahagiaan adalah tidak membesar-besarkan hal-hal kecil. Kalimat Allahu akbar. Anda akan merasa bahawa hanya Tuhanlah yang Maha Besar dan banyak hal-hal yang kita lalui setiap hari sebenarnya adalah masalah-masalah kecil.Setiap masalah pula ada penyelesaiannya jika kita tidak mengeluh dan terlalu bersedih...dan cubalah ikhtiar supaya masalah kita selesai dengan secepat mungkin....



Dan kita mesti ingat...Bila habis gelap pasti akan terang. Dalam hidup pasti ada hal-hal yang tak anda inginkan menghampiri kehidupan anda kn??. Mungkin baru saja anda kehilangan pekerjaan anda, atau bisnes anda sedang suram, atau mungkin anda kehilangan orang terkasih. Belajarlah untuk menerimanya. Ini sebahagian dari hidup. Ikhlaskan. Selepas itu, kembali tegaklah berdiri. ACTION harus terus berlanjut!.
hehe..

selain dari 3 kunci di atas..banyak lagi yg kita boleh lakukan untuk membahagiakan hati..erm...seperti ketawa...mengingati peristiwa2 yg kita suka...mengasihi orang lain...bergurau...dan mcm2 lagi..^_^



tapi yang paling penting,mintalah doa kepadaNya supaya sentiasa membahagiakan kita...sentiasa menjadikan kita seorang yang sabar...seperti hadis di bawah...

Abdullah bin Abbas menuturkan: “Suatu hari aku berada di belakang Nabi Shalallaahu alaihi wasalam , beliau bersabda:
“Wahai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: “Jagalah (perintah) Allah, pasti Allah akan menjagamu. Jagalah (perintah) Allah, pasti kamu selalu mendapatkan-Nya di hadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah.” (HR. At-Tirmidzi)...

~ sumber dari diri sendiri dan internet ~

sekian...salam sayang dariku....=)
23/11/2011....










1 comment:

~ dAh hAbis bAca daH??tiNggaLkaN koMen ye...TQ;)