Rahsia cinta – bahagiakan orang lain...

Bahagiakan orang lain untuk kita bahagiakan diri sendiri. Sebelum kita menerima cinta, kita kena berikan cinta terlebih dahulu pada insan lain.

Bila mereka menikmati cinta yang kita beri, sebagai balasan mereka akan memberikan cinta mereka pula kepada kita. Akhirnya, kita yang memberi cinta pada awal tadi sekarang ini sudah menerima cinta.
Proses ini berlaku mengikut hukum sebab dan akibat. Setiap perbuatan kita mendatangkan kesan tersendiri.

Usah terlalu fokus pada diri kita, sebaliknya fokus pada insan lain. Dalam menjalani perhubungan cinta, kita tidak boleh terlalu pentingkan hati kita, perasaan kita, diri kita.

Tak perlu terlalu harap pasangan kita tu akan ambil berat selalu pasal diri kita. Apabila kita ambil berat dirinya, secara tak langsung dia akan buat hal yang sama.
Bahagiakan orang lain dulu, kita akan turut bahagia dibuatnya.



1 comment:

  1. tgn memberi lagi baik dari tgn yg menerima. :)

    ReplyDelete

~ dAh hAbis bAca daH??tiNggaLkaN koMen ye...TQ;)