Saturday, 31 March 2012

~ thanks abang! appreciate it! ^_^



sejak dua tiga hari ni sibuk duk fikir pasal idea bookmark tempahan kawan2 sini..dan tak lama lagi nak jual kat gerai jualan kawan2 kat sini..so kerja rumah dan masak banyak hari dah tak buat...tapi terharu sangat2 bila cik suami sanggup tolong dan buat kerja rumah...

kelmarin balik je abang dari meeting dan mengajar silat terus masuk dapur basuh pinggan, basuh baju dan basuh lantai dapur!...terkejut gak sebab tak letih ke?huhu..bila gitahu tinggal je biar dila yang kemas terus dia cakap takpe...bulan ni rehat je ek...dia nak buat sikit2 kerja rumah..dia tahu dila penat urus tak henti2...ouh!terharunyee...leh rehat sambil tenang buat bookmark ni kan..hehe :P licin kerja rumah dia uruskan..tapi ada la jugak dila tolong..tolong sidai baju :D

semalam lak kawan2 datang rumah main masak2..masak banyak2 dan makan ramai2..syok jugak sebab bila makan ramai2 terasa kemeriahannya...borak ramai2 ni best! ;) dapur sepah lagi?of course ler..tapi nasib baik la kawan2 faham dan tolong kemaskan..cuma sikit jela yang perlu dikemaskan...tapi pagi ni licin bersih dapur..sape buat?cik abang lagi..huhu..kesiannye dia..tak leh tengok la lelaki buat kerja rumah....so untuk tolong dia dila buat nasi goreng dan dia tolong goreng ayam...makan kenyang2..nyum2! :D

malam ni lak dia tanya nak makan pe...dia teringin nak makan lagi daging kambing bakar yang kitorang makan hari tu..sedap woo..manis2 rasa..sehingga menjilat jari..hehe.. tapi dila takleh makan sebab badan cepat rasa panas..tambah2 hari tu dah 2 hari turut2 makan daging kambing...dulu takde la minat sangat.sekarang minat sangat2..makan tiap2 hari pun takpe...sedaaapppp... :D so dia g beli daging kambing bakar untuk dia dan  disebabkan dila tak tahu nak makan ape,dia masuk dapur dan masakkan bihun tomyam!sedap! siap buat tomyam banyak2 leh makan untuk esok terus..esok dila tak yah masak lagi bila dia balik kelas..hehe... pemalas tul sekarang dila ni ye.. :P takpe2..esok janji dila masakkan special ye untuk abang..dinner sedap2..!




sekarang tutup blog, layan movie 7 petala cinta sama2 ;)

thanks abang ! <3

Salam Sayang...

Friday, 30 March 2012

~ nasihat di sebalik picture2 ni! ^_^



 ~ <3 nak bertudung camne pun boleh, belit2 ke, silang ke..asalkan betul2 menutup aurat iaitu bawah dari paras dada... manis je nampak <3~

~ ikhtilat : percampuran lelaki dan perempuan ~

~ betapa dia faham dan menghayati makna2 yang terdapat di dalam al-quran..kita?jom baca quran sambil memahami terjemahannya... insyaAllah hidayah akan wujud untuk menjadi yang lebih baik :D <3 ~

~ bertuahnya wanita itu kalau cantik di pandangan manusia dan juga cantik dipandangan Allah ( solehah).. yang tak cantik? jangan risau..pandangan Allah lagi penting :D <3 ~


nasihat untuk diri sendiri dan untuk orang lain...jom baiki diri menjadi yang lebih baik :D

sumber : facebook




Salam Sayang...