Saturday 4 February 2012

~ JaUlah PerMaTa JordaN - Jerash ~




Bagi yang tinggal kat Malaysia dila ucapkan selamat pagi, manakala yang tinggal dekat Jordan dila ucapkan selamat malam..dan selamat menyambut maulidur rasul..jangan lupa selawat banyak2 ok...hee...adei..semalam dila tak sempat pun on blog sebab pagi kena kemas rumah yang bersepah lepas balik cuti..penat kot kemas rumah..malam pulak kena temankan cik suami pergi program...sebab dia jadi pengerusi majlis...mula2 tak nak jugak pergi,tapi bila dah tengok wajah kesian dia kena pergi juga...huhu...STOP!!!

straight to the point, ingat lagi tak sebelum dila pergi cuti kat mesir, dila ada bagitahu kan yang dila pergi lawatan kat Jordan ni dulu..iaitu jaulah permata kat Jerash, Ajlun, Ummu qaisy,Petra dan Aqabah...tempat2 dekat Jordan ni tersangat la cantik dila tengok..tapi hari ni just nak cite dan tunjuk gambar Jerash dulu ek...esok2 tempat lain pulak sebab banyak ler nak tunjuk..panjang kan jemu lak nak tengok..kan?jom!!


Jerash :

dikuasai oleh jeneral pompeli dari Rum Timur yang menukar nama jerash kepada Gerasa
pada 636 M, Islam menguasai jerash dan kegemilangannya ternyata pada zaman Umawiah
terkenal dengan lombong perak dan gangsa, di samping kawasan industri tembikar
jerash menjadi sebuah tapak arkeologi utama di jordan
kesan tinggalan sejarah di kota jerash ialah arka hadrian,rumah2 umawiah dan masjid umawiah

dan banyak lagi pasal sejarah dia, korang cuba-cuba surf dekat internet ye...sekarang tengok gambar peninggalan kota ini ok...diharap banyak2 bersabar tunggu gambar keluar=)



























P/S : terima kasih kerana setia menunggu gambar loading...hihi;)


Salam Sayang...

Thursday 2 February 2012

~ SalJi!! SalJi!! (^_*)





Dah lama rasa dila xupdate blog ni...seminggu lebih...sampai dah bersawang dah..huhu...bukan pe,dila kelmarin dulu hari selasa baru balik ke Jordan semula setelah penat bercuti kat Mesir tu...

masa duk kat mesir tu, kawan2 kat Jordan bagitahu yang salji dah turun sikit kat kawasan kitorang duduk...mu'tah...apa lagi, kecewa la suami dila sebab dia dah lama tunggu salji dari tahun lepas tak turun2...huhu...tup2 duk kat mesir baru turun...sampaikan kat mesir tu ada 1 kawasan yang orang duk cakap turun salji...suami nak sangat2 g...tapi jauh....tak dapat nak pergi...yang tinggal harapan semoga salji turun lagi bila kami balik jordan...

dan Alhamdulillah, 1 hari selepas kami balik rumah kat jordan ni, dengar macam bunyi hujan...sejuk sangat2...tambah2 kami dua orang ni tak sihat...dah selsema dan batuk2 balik dari mesir....bila kul10 pagi, suami duk jenguk kat luar, dia menjerit...salji!! hehe...ape lagi.....cepat2 la dila tengok...betul salji!! lebat! macam hujan....hehe...kawan pun telefon dila gitahu tengah main salji ke sebab dah tahu kami nak sangat2 rasa...dia pun cakap salji lagi lebat dari hari tu...macam tahu2 je dila balik...hehe

so,tercapai la hasrat suami nak main salji..macam kanak2 kan kitorang?hehe...tapi bila lagi nak rasa...lepas ni tak tahu dapat datang sini bila...yang penting best sangat2!! hehe....suami dila cepat2 suruh siap pakai baju tebal2 nak g makan kat luar dan main salji kat situ...selsema yang kuat tu dah tak peduli dah...janji dapat main..haha...buka2 je pintu rumah,salji penuh!! kawasan rumah dah jadi cantik,putih je....cantik ciptaan Tuhan...dan nikmat leh rasa...Thank u Allah bagi peluang untuk kami rasa....;)

P/S : hati2 main salji,sejuk dan jalan licin...kena salji tebal ni sakit muka2 dan bengkak kaki2 sejuk!huhu

~ kawasan dekat2 rumah kami ~
~ terserlah kegembiraan dia kan??hehe ~
~ xleh buka mata la,,angin salji kuat..huhu ~
~ depan rumah ~


Salam Sayang...